in

“Doaku takkan putus menjadi penghalang segala musibah” – Ibu Mentua Hannah Delisha Minta Anak & Menantu Sabar Hadapi Ujian

Mentua Restu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam muncul berita mengenai gosip yang mengatakan ibu kandung kepada Hannah Delisha tidak merestui perkahwinan anaknya dengan pelakon Singapura, Imam Shah.


Tidak lama selepas itu, ibu mentua kepada Hannah yang juga seorang pelakon veteran negeri seberang tambak tersebut, Mariana Yati memuat naik posting di Instagram dengan kapsyen doa semoga perkahwinan anaknya dan Hannah kekal hingga syurga. 

 

“Imam & Hannah, teruskan bersabar” 

Menerusi perkongsiannya, dia juga menitipkan pesanan semoga Hannah dan Imam bersabar dalam menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.

“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al ‘Amin. 

“Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungi anak-anakku,” katanya.

Mariana juga berkongsi satu lagi gambar dengan kapsyen ‘Syurga-Mu merestuimu, anakku’ dan telah mendapat komen positif dari netizen yang mendoakan kebahagian pasangan itu juga.

Apa-apapun harapnya semoga hubungan Hannah dan ibunya kembali pulih dan pasangan ini kekal tabah menghadapi dugaan dalam perkahwinan. 

Baca: “Pernikahan dilaksana dalam rahsia” – Puisi Ibu Hannah Delisha Jadi Tanda Tanya, Perkahwinan Pelakon Tidak Direstui?

Ibu Tak Restu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.