in

“Doa saya di Tanah Suci Mekah dimakbulkan” – Ini Gambar Sekitar Majlis Pernikahan & Persandingan Nelydia Senrose

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengar cerita ada mulut-mulut jahat mak cik bawang banding-bandingkan Nelydia Senrose dengan artis wanita yang baru juga bersanding baru-baru ini. Kalau ikut mata admin ni, dia memang cantik gila dalam gambar-gambar ni.


Sabtu lepas Nelydia Senrose telah pun selamat menjadi isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Menyingkap kembali kisah perkenalan mereka, Nelydia dan Hafez mula berkenalan pada April 2017, setahun selepas itu, Hafez terbang ke Amsterdam untuk melamar Nelydia yang ketika itu sedang bercuti bersama adik-beradiknya.

Selepas membuat keputusan untuk membawa perhubungan mereka ke peringkat seterusnya, Nelydia membawa Hafez berjumpa dengan bapanya untuk mendapatkan restu.

“Memang asalnya rancangan perkahwinan ini nak dibuat tahun lalu. Tetapi ada saja kekangan.  Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, saya dan suami berjaya melaluinya sebaik mungkin. 

Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan.  

Doa saya di Tanah Suci Mekah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah”

Gambar sekitar majlis pernikahan & resepsi Nelydia Senrose dan Hafez

Bagi korang yang belum berkesempatan untuk tengok gambar-gambar kedua pasangan ini pada hujung minggu lepas, jom kita tengok gambar sekitar pernikahan dan persandingan pasangan bagai pinang di belah dua ini.

Screenshot 2019 04 08 At 12.17.12 Pm 2 Screenshot 2019 04 08 At 12.16.51 Pm 1 52800621 180296439606963 7147906741704474227 N 2 61554538670 Freesize41554667246 9 71554667238 751554667207 2 51554667223 4 81554667215 361554667230 6   81554667227 5

Admin doakan kedua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

 

Baca: 10 Pasangan Adik Beradik Popular Yang Cun Buat Hati Jejaka Tertawan!

Screenshot 2019 04 08 At 12.35.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.