in

“Dipercayai mabuk ketika memandu” – [VIDEO] Lelaki Maut Lepas Kereta Terjunam Dalam Sungai Di Roundabout Jalan Ipoh

Feature2

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Batu, berhampiran Bulatan Batu 5 Jalan Ipoh. Menurut Sinar Harian, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam dan mangsa yang berusia 20 tahun menaiki kereta Toyota Vios bersama seorang remaja lelaki berumur 18 tahun.

Accident1

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata mangsa memandu dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Batu.”

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan berjaya diselamatkan oleh orang awam.”

“Mangsa dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Sentul diarahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 malam.

Accident2

Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans serta merta selepas dinaikkan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat. Remaja lelaki berusia 18 tahun itu pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

19Oct2020/KLMakluman awal kes kemalangan berlaku l/kurang 11malam tadi sebuah kereta hilang kawalan terbabas dan…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Ahad, 18 Oktober 2020

 

Baca: Kes Pemandu Mabuk Lagi, Lelaki Maut Dirempuh Depan Anak Isteri

Untitled Collage 14

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian