in

Dipanggil Bangsa Memanah, Ini Sebab Korea Sapu Bersih Pingat Emas Sukan Memanah Setiap Olimpik

Archery Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara rasminya telah membuka tirai pada minggu lepas dengan Amerika Syarikat kini mendahului carta pingat dan telah mengumpul 8 pingat emas.



Negara-negara yang bertanding sudah semestinya mempamerkan kejaguhan atlet-atlet mereka dalam pelbagai kategori, termasuklah dari negara kita sendiri.

2017 06 09 Tokyo2020 Thumbnail

Pun begitu, tahukah korang, sukan memanah yang merupakan sukan sunnah Nabi Muhammad SAW yang dipertandingkan di Olimpik ini kerap kali dimenangi dari negara Korea?

Menerusi perkongsian Ayman Rashdan Wong di Twitter, Korea Selatan antara negara yang setiap kali Olimpik berlangsung hampir sapu bersih pingat emas bagi kategori memanah tau!

Malah team wanita mereka juga tidak pernah kalah semenjak 1988 dan mendapat emas 9 kali berturut-turut termasuk pada Olimpik kali ini.

 

Sejarah Korea dipanggil ‘bangsa memanah’ 

Oleh kerana geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tidak dapat bercucuk tanam seperti orang China yang hidup di tanah rata.

Jadi mereka harus mengusai busur dan anak panah demi memburu binatang. Malah pengasas kerajaan Goguryeo, Jumong juga dikatakan terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.

Malah satu lagi kerajaan lampau, Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda. Kalau siapa yang rajin tengok kdrama tu mesti pernah tengok kdrama Hwarang kan? 

 

Memanah sebagai senjata melawan tentera China dan Jepun 

Korea yang tersepit antara dua kuasa besar iaitu China dan Jepun, melihat busur dan anak panah sebagai senjata yang terbaik dalam tujuan melawan tentera dua negara tersebut yang lebih ramai dan canggih.

Malah menurut lagenda, Yang Manchun telah menyelamatkan kerajaan Goguryeo dari serangan China dengan menembak anak panah tepat ke mata Maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera negara itu.

Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah membunuh 70 askar Jepun dengan hanya memanah.

 

Memanah jadi sukan kebangsaan, selebriti pun rileks je memanah 

Walaupun cerita di atas ni bersifat lagenda, ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti negara Korea.

Meskipun di zaman moden anak panah dilihat sebagai tak relevan lagi untuk berperang, kerajaan mereka tetap mempromosi sukan ini sejak dari tahun 1980-an lagi sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari semua.

Malah selebriti mereka pun dilihat pandai memanah, dah macam professional dah kalau tengok.

Bestnya pandai memanah kan! Admin pun tiba-tiba rasa nak masuk kelas belajar memanah lah!

Baca: Pasukan Memanah Korea Selatan Menang Emas Olimpik, Kecewa Sebab Minta Lagu BTS Tapi Dapat Blackpink

Ft Atlet Korea Nak Lagu Bts Dapat Blackpink

Sumber: Olympics

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.