in

“Nasib baik cepat jumpa” – Pekerja Kontraktor Jumpa Bayi Tepi Tong Sampah Di Kuching

Bayi Tepi Tong Sampah

Satu kejadian memilukan terjadi di Batu Kawa, Kuching, di mana seorang pekerja kontraktor pemungut sampah telah menemui seorang bayi perempuan berhampiran tong sampah.

Bayi yang masih hidup itu ditemui sekitar jam 7.30 pagi hari ini ketika pekerja terbabit sedang mengosongkan sampah dari tong sampah tersebut, lapor Utusan Borneo.

Seorang penjual kuih berdekatan kawasan itu yang dikenali sebagai Xiew Ping memberitahu pekerja terbabit memaklumkan penemuan bayi itu kepadanya.

368051544 3445684565672634 623675138599351909 N

“Tiba-tiba saya nampak mereka melambai ke arah saya dari seberang jalan. Ketika saya menghampiri tong sampah, mereka memberitahu saya ada bayi di sana,” katanya.

Selepas membuat panggilan kecemasan, bayi terbabit dibawa ke kedai kopi berhampiran sementara menunggu bantuan.

“Bagaimanapun, kami tidak memberinya susu kerana kami tidak mempunyai susu formula bayi di kedai kopi dan semua kedai di sini masih ditutup,” katanya.

Menurut Xiew Ping, terdapat banyak anjing liar di kawasan itu terutama di tapak pembuangan sampah. Mujur bayi yang sihat dan comel itu ditemui dengan cepat.

Difahamkan, dua wanita telah menawarkan diri menghantar bayi itu ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kes berkenaan sekitar jam 9.18 pagi tadi yang dibuat di Balai Polis Batu Kawa. Jelasnya, polis masih dalam penyiasatan mengenai kes ini.

Baca: Tergamaknya! Wanita 2 Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama Tak Sampai Setahun
Dua Kali Buang Bayi

Sumber: Facebook