in

Dilarang Agih Makanan Secara Terus Kepada Gelandangan Sepanjang Ramadan – DBKL

Cats 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tiba sahaja bulan Ramadan, pasti banyak program bantuan makanan yang disalurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu kepada golongan yang memerlukan.


Meskipun aktiviti ini adalah mulia dan dapat meringankan beban ramai pihak, namun masih ada sisi buruknya juga. Antaranya adalah banyak makanan yang dibuang dan terbazir begitu sahaja.

1028608

Sehubungan dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan mana-mana NGO atau individu dilarang mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus sepanjang bulan Ramadan ini.

Kawal selia ini dilaksanana bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan kekotoran, selain mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pengagihan makanan masih boleh dilakukan melalui dua pusat gelandangan iaitu di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku. Turut dibenarkan adalah di Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

D5B7

Keputusan ini dibuat selepas DBKL mendapati terdapat banyak pihak yang mengagihkan makanan di lokasi tumpuan gelandangan di pusat bandar raya seperti Masjid Jamek, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman,

Keadaan ini secara tidak langsung akan menimbulkan gangguan, ketidakselesaan kepada pemilik premis dan menunjukkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL.

Buat orang ramai yang ingin menyumbang, anda boleh menghubungi 03-2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan agihan.

 

Sumber: Harian Metro

BACA: [TERKINI] Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara Tahun Ini

Capture 31

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.