Tak dinafikan orang cantik dan kacak ini sering mendapat kelebihan yang orang biasa-biasa tak dapat. Bak kata orang putih, beauty privilege. Pernah tak anda dapat layan yang berbeza hanya kerana wajah anda dikatakan tak begitu cantik atau handsome di mata orang lain?
Buat gadis ini pula, dia baru sahaja memohon pekerjaan sebagai wakil jenama di sebuah butik pakaian namun setelah menghantar emel permohonan pekerjaan itu, dia terkejut apabila tiba-tiba mendapat emel dari bakal majikan yang mengutuk dirinya tak begitu comel, lapor Metro.
https://www.tiktok.com/@ggggmoneyyyy/video/6982297906871028997?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.fox2detroit.com%2F&referer_video_id=6982297906871028997&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6915782500375840258
Difahamkan, Gracie Lorincz yang berusia 21 tahun kemudiannya telah memuat naik screenshot emel tersebut dan telah menceritakan tentang pengalaman itu menerusi TikTok. Dalam emel tersebut, dapat dilihat bahawa orang yang menghantar emel itu yang juga merupakan individu yang mengurus butik itu berkata,
Gadis ni baru sahaja tamat kolej (Hope College) dan dia tak begitu comel. Dia mohon kerja sebagai model jualan. Adakah awak pasti mahu saya menemu duga gadis ini?” katanya dalam emel itu.
Difahamkan, emel itu sebenarnya mahu dihantar kepada pemilik butik iaitu Laura Langen DeGrendel daripada Chuck DeGrendel yang bekerja di butik tersebut. Laura juga merupakan isteri kepada Chuck.
Kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan kelakuan pemilik butik itu teruk dikecam oleh netizen.
Namun, kedua-dua pemilik butik dan suaminya kemudiannya telah tampil dan meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata dalam emel tersebut menerusi Facebook Live. Menurut Chuck, dia berkata demikian sebab dia tak tahu sama ada perlu meneruskan temuduga dengan calon pekerjanya itu.
Dia juga meminta maaf dan mengaku tindakannya itu memang tidak professional. Dengar kata, dia ni siap nangis lagi masa mintak maaf tu.
Apa-apa pun, semoga gadis ni kuat semangat dan semoga lepas ni dia dapat kerja lain yang lagi bagus.
Sumber: Metro, TikTok ggggmoneyyyy
Baca: “CGPA saya 3.5”- Mohon Kerja Yang 8 Tahun Pengalaman, Fresh Grad ‘Sound’ Majikan Bila Tak Diterima