in

“CGPA saya 3.5” – Mohon Kerja Yang 8 Tahun Pengalaman, Fresh Grad ‘Sound’ Majikan Bila Tak Diterima

Kerja3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan waktu PKP ni, tak dinafikan ramai golongan terutamanya fresh grad akan rasa desperate nak dapatkan kerja. Tapi itu tak bermakna kita kena biadap, result bagus masa uni tak menjamin kerja seseorang tu!


Banyak syarikat akan buat downsizing bagi mengekalkan syarikat mereka daripada lingkup. Ia sekaligus membuatkan peluang pekerjaan makin terhad, jadi bila ada peluang kenalah capai sebaik mungkin dan all out untuk berikan yang terbaik.

Tetapi ia bukan bermaksud yang calon kena terlalu yakin sampaikan requirement yang tak sepatutnya ada pergi mohon dan gunakan alasan lain sebab kenapa boleh layak walaupun ianya tak menepati langsung kriteria yang syarikat mahukan macam kes di satu Facebook group ni.

 

Dah tak dapat kerja, sound majikan

Seorang graduan muda tidak diterima bekerja dalam sebuah syarikat ini kerana mohon jawatan senior dimana ia memerlukan 8 tahun pengalaman.

Disebabkan itu, pihak majikan maklumkan kepadanya bahawa dia tidak diterima memegang jawatan Senior Marketing Manager di syarikat tersebut.

Dengan gaya tulisan amatur kepada pihak majikan, dia hanya tanyakan semula dengan menjawab “Y” (why? atau kenapa?).

Apa yang mengejutkan adalah ketika majikan menjelaskan sebabnya, dia membalas bahawa dia mempunyai CGPA yang begitu bagus iaitu 3.5.

 

204825534 541809637234423 3860172193424483102 N

Walaubagaimanapun, majikan itu dengan dengan penuh sopan menolak alasan calon tersebut, dia boleh membalas dengan kata-kata kesan kepada majikan itu. Ayat yang diberikan itu membawa maksud ‘bodoh’

Perkongsian daripada WhatsApp itu telah meraih 3.8K shares dalam masa 6 jam, ramai netizen kritik bahawa CGPA 3.5 itu takkan boleh pergi jauh kalau sikapnya sebegitu.

 

Baca : “Muka keluar TV tgh celebrate gol Harry Kane” – Tipu Majikan Cuti Sakit, Wanita Pergi Tengok Game EURO 2020 Dibuang Kerja

Ft Euroengland

Sumber: Faacebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.