in

Dikritik Tidak Cakna Tentang Isu All Eyes on Rafah, Ini Penjelasan Ning Baizura

Ning Baizura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Awan Yang Terpilu iaitu Ning Baizura telah menjadi perhatian masyarakat apabila video sesi IG Live di akaun Instagramnya tular.


Ini berikutan tindakan Ning yang kelihatan terpinga-pinga apabila membaca slogan ‘All Eyes on Rafah yang ditulis oleh seorang pengikutnya ketika sesi IG Live tersebut. Boleh baca artikel ini kalau nak tahu lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Setelah dikecam hebat oleh warganet sehingga ada yang melabel Ning sebagai tidak cakna dengan isu yang terjadi di Palestin kini, Ning akhirnya tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut di Instagramnya.

Ning Baizura

 

Menurut Ning, sesi IG Live tersebut merupakan sesi di mana dia menyanyikan lagu atau karaoke bersama peminat. Sesi tersebut dinamakan Ning Oke Session untuk menghiburkan peminat-peminatnya yang turut serta dalam sesi live berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Rafah? Siapa tu?” – Ning Baizura Terpinga Bila Ada Netizen Laung Sokongan Terhadap Palestin

Artikel berkaitan : “Yang bagus tak tunjuk” – Ning Baizura Jawab Isu ‘Nyanyi Sumbang’ Ketika Buat Persembahan

Ketika sesi tersebut juga, Ning mengatakan ada ramai peminatnya yang menulis komen di ruangan komen IG Live kerana ada yang memintanya untuk menyanyikan pelbagai lagu dan pada masa yang sama, dia ada bertanya kepada peminat-peminat tersebut mengapa ada nama-nama yang susah disebut.

Pada ketika itulah juga, ada seseorang yang menulis komen tentang slogan Rafah tersebut dan secara spontan kata-kata, ‘Rafah, who’s that’ itu terkeluar daripada mulutnya kerana menurut Ning, dia tidak mempersendakan tentang tempat atau situasi, sebaliknya dia bertanya ‘who is that’  (siapa itu) kerana  merujuk kepada nama-nama peminat yang meninggalkan komen ketika sesi live tersebut.

Ning juga meminta untuk netizen agar menonton video penuh sesi live tersebut yang masih ada di Instagramnya agar tiada lagi salah faham tentang isu tersebut.

Dia juga mengatakan dia tidak berniat untuk menyakiti sesiapa dan dia sememangnya tahu dengan apa yang berlaku di Palestin. Ning turut mendedahkan bahawa dia juga meyumbang untuk bantuan penduduk di Gaza ketika bulan Ramadan baru-baru ini.

Boleh tonton video penjelasan penuh Ning Baizura di Instagram @ningdalton

Sumber: Instagram @ningdalton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.