in

Dikatakan Pernah Rekod Suhu 56.7 Darjah Celsius, Death Valley di US Tempat Paling Panas Di Dunia

Feature 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, cuaca di Malaysia agak panas. Bil elektrik pun naik sebab pasang penyaman udara dan kipas 24 jam. Namun, kalau korang rasa cuaca kita ni dah panas, sebenarnya ada tempat yang lagi panas.


Death Valley di California, Amerika Syarikat ini dikatakan antara tempat paling panas di dunia sebab pernah mencatatkan suhu setinggi 56.7 darjah Celcius pada 10 Julai 1913, lapor Washington Post.

Panas 1

Difahamkan, suhu tersebut merupakan suhu yang terpanas di bumi. Namun, ada pakar yang berpendapat angka tersebut tak berapa tepat sebab berlakunya measurement error. Tak boleh nak imagine betapa berbahangnya tempat ni. 

Walaupun panas, kebanyakan penduduk di kawasan ini tidak menggunakan aircond sebab katanya dorang nak jimatkan penggunaan elektrik.

Untuk pengetahuan korang, menurut laman web National Park Service, tempat ini dinamakan Death Valley disebabkan ada sekumpulan pengembara yang pernah sesat di sini ketika musim sejuk sekitar tahun 1849-1850.

Panas 3

Menurut sejarah, seorang daripada mereka telah mati di situ. Sebelum diselamatkan, mangsa yang tinggal beranggapan bahawa lembah itu akan menjadi kubur mereka.

Sekarang, ada 300 hingga 400 penduduk sahaja yang tinggal di kawasan lembah ini. Menurut Brandi Stewart, kakitangan di Death Valley National Park, dia akan menghabiskan masanya di dalam rumah ketika bulan Ogos sebab terlalu panas untuk berada di luar, lapor BBC.

Anda akan rasa seperti sedang menggunakan banyak pengering rambut pada muka jika berada di luar. Bahangnya memang terasa dan rasanya juga seperti sedang berjalan di dalam ketuhar,” katanya.

Menurut portal Eva.vn, walaupun suhu boleh mencecah antara 32.2 hingga 54 darjah Celcius pada waktu malam ketika musim panas dan suhu antara 43.3 hingga 51.7 darjah Celcius pada waktu siang musim panas, rata-rata penduduk di situ masih boleh keluar rumah seperti biasa untuk bersukan, bekerja dan bertemu rakan.

Saya juga tak akan keluar untuk membeli barang tanpa teman lelaki dan botol air yang besar. Saya perlu periksa keadaan kereta dengan lebih kerap sebab takut tiba-tiba kereta rosak di tengah panas,” tambah Brandi.

Namun, difahamkan, kebanyakan orang boleh menyesuaikan diri dengan cuaca di Death Valley selepas beberapa minggu sebab badan yang berpeluh akan membantu menyejukkan tubuh.

Panas 2

Suhu yang tinggi di kawasan ini juga boleh digunakan untuk memasak dan barbeku. 

Sumber: BBC, Harian Metro, Portal Eva.vn, National Park Service, Washington Post 

Baca: China Cipta ‘Matahari Tiruan’, Mampu Bertahan Pada Suhu 10 Kali Ganda Lebih Panas Dari Matahari 

Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.