in

Dihanyutkan Ombak, Tongkang Kontena Tersadai Di Perairan Port Dickson Susulan Ribut Tropika Senyar

Tongkang Kontena
tongkang kontena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia khususnya penduduk di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur dikejutkan dengan cuaca buruk susulan Ribut Tropika Senyar yang membawa ombak laut bergelora, hujan lebat serta angin kencang.

Ribut itu juga telah menyebabkan banyak pokok tumbang di sekitar Port Dickson dan ombak besar turut menghentam kawasan pantai.


Menurut laporan BERNAMA, ombak besar itu turut menyebabkan sebuah tongkang kontena yang membawa muatan kontena tersadai di kawasan perairan Port Dickson.

1 2

Artikel Berkaitan: Banyak Pokok Tumbang, Ombak Tinggi, Ribut Senyar ‘Serang’ Port Dickson

Artikel berkaitan: Pertama Kali Dalam 2 Dekad, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Ribut Tropika Senyar

Tongkang kontena itu difahamkan membawa banyak muatan kontena dan ia tersadai di perairan berhampiran dengan kawasan hotel peranginan selepas ia dihanyutkan ombak laut susulan ribut berkenaan.

Sama-sama kita doakan agar cuaca semakin membaik. 

Sumber: BERNAMA 

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.