in

Diekori Polis Semasa Di Kashmir, Tentera Ini Nasihat Jangan Dedahkan Identiti Diri

59596708 10219484768610524 4303656594660392960 O

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila ingin bercuti ke luar negara, mesti banyak persiapan yang akan diambil untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah sewaktu di sana.


Hadapi masalah semasa ke Kashmir

Sebelum tiba ke destinasi ditujui, kita dikehendaki mengisi borang imigresen yang meminta butir peribadi, tempat tinggal di lokasi percutian, nombor telefon dan pekerjaan kita di Malaysia.

Pastikan anda mengisi semua ruang berkenaan dengan tepat kerana jika maklumat meragukan, anda boleh berdepan kemungkinan dihantar semula ke tanah air.

Tetapi lelaki ini berkata dia menghadapi masalah mengisi ruang pekerjaan sewaktu bercuti ke Kashmir, yang bersempadan dengan India dan Pakistan.

Kashmir Travel
sumber: blog

Identiti sebagai tentera disembunyi, elak salah faham

Identitinya sebagai tentera sering disembunyikan ketika bercuti ke luar negara bagi mengelak salah faham dengan pihak di sana.

58384316 10219455066547991 6713231469323485184 O
sumber: facebook
Askar 1
sumber: facebook

Sebaliknya, dia lebih selesa menggunakan perkataan “Government Officer” dan kebiasaannya tiada masalah jika diisi demikian.

Anggota J&K Police di mana-mana

Bagi mereka yang ke Kashmir, anda akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Srinagar.

Jammu And Kashmir
sumber: tourism news live

Tapi jangan terkejut kalau ternampak banyak anggota Jammu & Kashmir (J&K) Police sebaik mendarat. Disebabkan lokasinya yang terletak di zon konflik, ramai anggota polis J&K ditempatkan di sini.

Askar 2
sumber: facebook

Beg diimbas sebelum masuk ke dalam lapangan terbang

Bagi penerbangan pulang semula ke negara destinasi pula, setiap orang dikehendaki turun dari kenderaan bagi mengimbas beg terlebih dahulu.

Tapi imbasan beg peringkat pertama ini dilakukan sebelum anda memasuki kawasan lapangan terbang. Leceh bukan?

Askar 3
sumber: facebook

Jelas lelaki ini, mimpi ngerinya bermula di sini apabila dia mula diekori selepas membuat pemeriksaan beg kali kedua.

Askar 4
sumber: facebook

Diekori anggota polis J&K selepas kaunter pelepasan

Sebaik berada di balai perlepasan, dia sedar yang dia telah diekori oleh anggota polis J&K.

Risau juga kalau dia ditahan dan dianggap sebagai perisik. Ah, banyak pula cerita nanti!

Askar 5
sumber: facebook
Askar 6
sumber: facebook

Menurutnya, mereka berbual sehingga panggilan penerbangan kedengaran. Barulah polis itu bergerak bangun meninggalkannya sambil berkata “See you again my brother”.

Mungkin disebabkan konflik berpanjangan di tempat itu menyebabkan mereka sensitif dan sangsi jika tahu anda tentera. Jadi kena berhati-hati dan hormati peraturan di sana.

Fuh, kalau jadi brother ni mesti cuak habis! Respect dia masih mampu bertenang.

Baca: “Belum kena jering dengan petai lagi…” – Tentera AS Kena Paksa Makan Durian Sebagai Ujian ‘Survival’ Dalam Hutan

Tentera Makan Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.