in

“Belum kena jering dengan petai lagi…” – Tentera AS Kena Paksa Makan Durian Sebagai Ujian ‘Survival’ Dalam Hutan

Tentera Makan Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kita buah durian tu adalah salah satu nikmat dunia, betul tak? Tapi, kalau bagi mat saleh makan tu dah jadi macam satu cabaran untuk dorang.


Macam tentera Amerika Syarikat experience baru-baru ni dalam latihan survival hutan dorang. Posting daripada 1st Marine Division dekat Facebook dapat perhatian rakyat Malaysia. Nak tau sebab apa?

Angkatan tentera United States Marine Corps (USMC) tu semua sedang mempelajari latihan kemandirian dalam hutan dari Singapore Armed Forces (SAF).

Tentera6

Tentera5
sumber: facebook

Salah satu ujian survival dalam hutan tu, dorang kena makan buah durian dan nangka! Mak aih kalau admin memang volunteer je makan semua haha!

Tentera3

Tentera4
sumber: facebook

Difahamkan, latihan tu adalah sebahagian daripada inisiatif Valiant Mark iaitu untuk membina dan mengekalkan hubungan antarabangsa serta pertukaran pengetahuan taktik.

Ketika latihan yang dibuat di Singapura tu, tentera marin semua belajar memasak dan menyediakan makanan, cuba buat unggun api serta membina tempat perlindungan menggunakan sumber-sumber yang ada dalam hutan.

Tentera2

Tentera1
sumber: facebook

Ramai netizen rasa benda ni lawak dan cakap yang tentera ni patut bersyukur tak dipaksa makan jering atau petai. Ada juga yang melawak cakap kalau ada perang dengan dorang, kita cuma perlu campak je buah durian confirm dorang tak jadi serang. Ada yang cakap kulit durian tu dorang boleh buat jadi senjata. Hahaha macam macamlah korang!

Apalah agaknya reaksi dorang bila bau dan makan buah durian tu kan?

Baca: Satu Universiti Kena Pindah Kerana Sangka Terbau Gas Bocor, Rupa-rupanya Bau Durian!

Guess Which Fruit Sent A Library Into Lockdown World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.