in

“Diaorang offer tiket free ke Korea” – 7 Wanita Dipaksa Jadi Pelacur Lepas ‘Diumpan’ Jadi Bintang Kpop

Kpop2

Impian sekumpulan wanita menjadi bintang Kpop berubah tragis apabila dia dijual di rumah pelacur lepas travel ke Korea Selatan.

7 orang wanita yang umurnya dalam lingkungan 20 ke 30 an dikatakan termakan dengan umpan seorang lelaki di media sosial untuk hadir ke Korea Selatan awal Julai lalu.

 

Jadi pelacur

Lapor Nextshark, mereka tawarkan, tiket percuma dan berpeluang untuk manjadi model dan bintang Kpop apabila sampai ke negara tersebut.

Tapi bila dah sampai dia dipaksa menjadi pelacur, lepas pasport mereka dirampas, wanita itu dikurung di dua rumah di bandar Ilsan dan Paju. Ketujuh-tujuh wanita warga Brazil itu kemudiannya dijual ke pusat urut untuk 2 juta won ($ 1,678/hampir RM 7,000) setiap seorang.

Bagaimanapun mereka telah berjaya diselamatkan apabila salah seorang daripada wanita tersebut menghubungi duta negara mereka yang bertapak di Korea Selatan bulan lepas.

Polis kemudiannya menyerbu sebuah bilik urut di Ilsan, di mana tiga wanita Brazil lain telah berjaya diselamatkan dan empat lagi wanita dari sebuah rumah pelacuran di Paju beberapa hari kemudian.

Kesemua wanita tersebut kini dalam keadaan trauma dan dipindahkan ke satu perumahan yang selamat dibawah jagaan pihak berkuasa. Lima orang suspek telah ditahan kerana terlibat dalam pemerdagangan wanita dan menguruskan kegiatan pelacuran.

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan, menurut jurucakap polis dari negara tersebut, mungkin ramai lagi yang terjerat dengan sindiket ini dan mereka sedang mengadakan siasatan lanjut.

Tambahnya lagi jarang sangat orang-orang Amerika Selatan menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Kora Selatan.

 

Baca : 4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!

Kpop