in

“Diam ja, siap suka lagi” – [VIDEO] Kreatif! Ibu Ini Kongsi Tips Gunting Rambut Anak Guna Pelitup Muka

Featured Gunting Rambut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kedai gunting rambut dah dibenarkan beroperasi, mesti ramai ibu bapa yang berhati-hati untuk membawa anak-anak keluar gunting rambut di kedai, lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil. Tambahan pula, anak-anak akan cepat rasa tak selesa kena duduk lama semasa proses gunting rambut itu.


Mesti ibu bapa ada masalah anak tak behave semasa gunting rambut kan? Jadi ibu ini ada tips nak bagi anak duduk diam masa gunting rambut terutamanya kalau gunting sendiri dekat rumah menerusi laman Tiktoknya. Senang je, guna pelitup muka!

Ramai yang tak sangka banyak rupanya fungsi pelitup muka ini. Sebelum ini, pernah viral gunting rambut budak guna mangkuk, kalini pelitup muka sahaja!

Gr 10

Banyak komen dari ibu bapa yang risau, nak cuba tapi takut anak mereka tak biasa dengan pelitup muka masa nak gunting rambut tu. Ibu tersebut menjawab komen netizen dengan mengatakan anaknya juga berasa takut-takut semasa pertama kali cuba.

Tetapi, dia sendiri offer duduk atas kerusi lepas kali kedua.Tambahan pula, banyak juga yang mengatakan mereka telah mencuba tips ini kepada anak-anak mereka dan menjadi!

“Kreatif betul mak-mak zaman sekarang”- Netizen

Gr 11

Yang tambah comelnya, pandai budak tu diam je! Duduk pun macam bos! Ramai juga yang cakap mukanya macam anak Korea. Untung parents dapat anak korean look! 

Baca: Anak Shiera Ijoy Dapat Pujian, Selamba Lukis Watak Pemain Squid Game Atas Karpet Je

Gunting Rambut

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.