Meskipun kita sudah biasa dengan orang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu seperti Youtuber terkenal macam Mat Dan dan Rhys William, namun setiap kali kita bertemu dengan mat saleh ini pasti kita akan berasa teruja dengan kebolehan mereka, kan?
“Mana mana rancak berdosa”
Terbaru kali ini, tular di TikTok @khuzairyfouzi yang merupakan seorang tukang gunting rambut terkejut mendapat pelanggan yang berbangsa Inggeris.
Apa yang lebih mengujakan ialah pelanggan tersebut sangat fasih berbahasa Melayu dengan lenggok ‘utagha’ pulak tu. Aik?? Dahsyat ni!
@khuzairyfouzi first time barber mcm kami yang tak tera mana ni pon mat salleh ni sanggop mai gunting ? dengan kain takdak kami bedai pakai baju hujan jaa ???#fyp #fypシ #foryou #fypdongggggggg
Menerusi video itu, korang dapat lihat tukang gunting tersebut agak terkejut dengan pelanggannya dan bila bertanya dari mana customernya itu berasal, lelaki Inggeris itu menjawab dia tinggal di Penang sahaja. Siap cakap makan nasi kandar dan teh tarik tu!
First time barber macam kami yang tak tera mana ni pon mat salleh ni sanggup mai gunting. Dengan kain takdak kami bedai pakai baju hujan jaa,” kata Khuzairy.
“Laa Van De Beek dok penang jahhh”
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mana sangat terhibur dengan ‘mat saleh’ berkenaan siap ada yang cakap rupanya ala-ala pemain Everton, Von De Beek.
Malah ada juga di kalangan netizen cam dengan wajah lelaki itu kerana dia katanya pernah berlakon bersama pelawak Ropie atau lebih dikenali sebagai Pak Kodi dalam drama bertajuk, Mat Rukun.
Tudiaa hampa pandai cakap Penang noh. Mesti lepas pekena nasi kandaq teh tarik ni. Hebat!