in

“Dia wakilkan satu Malaysia!” – [VIDEO] Penyokong Malaysia ‘All Out’ Di Sukan Komanwel Buat Netizen Bangga!

Komanwel Penyokong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehangatan Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom kini sedang dirasai dan setakat ini kontijen Malaysia telah memungut sebanyak empat pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.


Sebagai info, acara ini pertama kali diadakan pada tahun 1930, dengan pengecualian pada tahun 1942 dan 1946 (dibatalkan kerana Perang Dunia II), ia telah diadakan berturut-turut sekali setiap empat tahun.

Lebih 70 negara menyertai sukan tersebut dan Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam pungutan pingat.

Antara komponen terpenting dalam sesebuah acara sukan ialah peminatnya dan tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia merupakan antara yang paling riuh jika menyorak untuk negara.

Apa yang menarik perhatian, baru-baru ini seorang penyokong Malaysia yang kini berada di negara tersebut, menyaksikan acara badminton beregu campuran di sana melaungkan “Saya Anak Malaysia” dan beberapa laungan dengan begitu bersemangat.

@wawasado_

Anak jati Malaysia di Birmingham ?????❤️☝? go support his youtube chanel : All about Darence ✌? #commonwealthgames2022 #demimalaysia?? #anakjatimalaysia #fyp #fypシ #xyzbca

♬ Saya Anak Malaysia – Dato David Aramugam & Nikki Palikat & Projector Band & Haoren & Priscilla Abby & Meer Nash & Jeryl Lee & Jenn Chia

“Anak jati Malaysia di Birmingham!”

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @wawasado_ itu menunjukkan seorang penyokong Malaysia berteriak sehinggakan pengulas sukan ketika itu menyedari kewujudannya dan difahamkan lelaki itu mempunyai laman YouTuber dengan nama All About Darence.

Setakat ini, video tersebut mendapat hampir 103k tontonan dan ruangan komen dihujani dengan komen-komen positif dan membanggakan oleh peminat Malaysia.

Bmntn

Mantaplah anak Malaysia! 

Baca: Kasut Pemain Badminton Jamaica Terkoyak, Coach Malaysia Bagi Pinjam Kasut Terima Pujian Netizen

2Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.