in

Kasut Pemain Badminton Jamaica Terkoyak, Coach Malaysia Bagi Pinjam Kasut Terima Pujian Netizen

2Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, Sukan Komanwel telah pun membuka tirainya baru-baru ini. Saingan atlet negara kita untuk merangkul pingat emas dalam kejohanan itu pastinya dinanti-nantikan peminat sukan tanah air.


Ketika berlangsungnya satu perlawanan badminton antara Malaysia dan Jamaica, kasut salah seorang pemain dari Jamaica telah terkoyak dan menganggu pergerakannya. Pemain lain cuba membantunya dengan meminjamkan kasut, namun akibat saiz yang berlainan, beliau tidak dapat meneruskan perlawanan sehinggalah jurulatih pasukan badminton Malaysia meminjamkan kasut yang dipakainya untuk pemain itu.

Momen indah dalam perlawanan badminton itu boleh ditonton dalam video @wanyqt23 dibawah.

@wanyqt23

Cuteee jaaa yong datang tanya Ricketts? the sportsmanship? the story of kasut terkoyak tapak with happy ending? #commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan

♬ Gemilang – Ella

Semangat kesukanan yang tinggi

Hebat sebenarnya jurulatih pasukan badminton Malaysia ni. Sanggup berkaki ayam dan pinjamkan kasut kepada pemain pasukan lawan untuk teruskan permainan. Terima kasih kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi kepada semua penonton.

Screenshot 2022 07 30 At 1.43.51 PmBetul, tindakan yang sangat bijak oleh coach dalam menunjukkan teladan yang baik kepada semua. Terbaik lah coach!

Screenshot 2022 07 30 At 1.43.58 PmKann… yang cameraman pun satu, saja je fokus dekat kaki coach tu. Tak pernah dibuat orang, coach pihak lawan bagi kasut dekat pemain time tengah game.

Screenshot 2022 07 30 At 1.44.09 PmMacam min cakap tadi, momen indah dalam sukan badminton yang satu dunia tak pernah tengok. Min pun tumpang bangga.

Screenshot 2022 07 30 At 1.44.23 PmPujian harus diberikan kepada Coach Hendra yang sanggup pinjamkan kasut. Tak semua orang sanggup pinjamkan kasut, lagi-lagi kepada pasukan lawan.

Screenshot 2022 07 30 At 1.44.30 PmKita semua manusia, tak rugi pun kalau kita dapat bantu orang lain kan. Teladan yang baik telah ditunjukkan oleh jurulatih negara. 

Untuk rekod, pemain Malaysia, Tze Yong telah berjaya menewaskan lawan dari Jamaica dengan keputusan 21-12, 21-16 dalam perlawanan itu.

 

Baca: “Sampai tergolek”- [VIDEO] Akibat ‘Food Poisoning’ Ramai Sebak Tengok Beregu Campuran Malaysia Di Terbuka Indonesia

Screenshot 2022 07 30 At 1.48.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.