in

“Dia tak fikir pasal anak ke…” – Wanita ‘Depress’ Lepas Cerai Dengan Suami, Tamatkan Nyawa Dengan Bakar Diri

Bakar Diri Depresi

Sebab itulah pentingnya sokongan dari orang sekeliling terutamanya keluarga dan rakan-rakan. Sesiapa sahaja boleh kemurungan lebih-lebih kalau seseorang tu selalu stress, overthinking dan tak ada yang ambil berat tentang mereka.

Itulah yang dialami seorang wanita dari Chachoengsao, Bangkok ini yang bertindak membunuh diri disebabkan mengalami depresi. Menurut Facebook, wanita berusia 32 tahun itu merupakan janda dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun.

Bakar2

Bakar3
sumber: facebook

Kata penduduk setempat, dia seorang yang sangat ceria dan baik tetapi semuanya berubah selepas diceraikan suami kira-kira setahun yang lalu. Difahamkan, wanita terbabit berniaga pakaian dan beberapa produk lain untuk menampung perbelanjaan sehariannya dan anak.

Selepas bercerai, dia dikatakan terus menjadi pendiam dan kurang keluar dari rumah. Bila bergaduh dengan ibunya, dia akan keluar rumah dan pergi menetap di rumah neneknya pula.

Baru-baru ini, dia telah pergi ke rumah neneknya yang berusia 89 tahun itu dan menetap di sana selama 2 hari. Kata warga emas tu, dia tidak tahu dengan siapa cucunya bergaduh dan tidak bertanya lebih lanjut.

Bakar5
sumber: facebook

Orang ramai telah memberitahu neneknya itu yang mereka nampak wanita terbabit cuma membunuh diri di kuil berdekatan. Malah, sebenarnya dia difahamkan pernah cuba membunuh diri beberapa kali sebelum ini.

Pernah sekali dia cuba bakal dirinya dalam peti orang mati di kuil tetapi berjaya dihalang oleh orang awam. Kerana terlampau tertekan dengan masalah dan masih mencintai bekas suaminya itu, wanita berkenaan tidak dapat kawal diri dan buat keputusan untuk tamatkan riwayatnya.

Pada 30 Julai, neneknya ternampak wanita itu keluar dari rumahnya dan ketika pulang, warga emas itu terjumpa bekas petroleum sebanyak 5 liter. Dia pun segera pergi ke belakang rumah dan ternampak cucunya di atas lantai dah kejung dan rentung dimakan api.

Bakar6

Terbakar
sumber: facebook

Orang kampung terus datang dan tolong hubungi polis serta ambulan. Malangnya, pada 31 Julai wanita itu disahkan maut di Hospital Chonburi kira-kira jam 4 pagi dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus.

Kata ibunya, anaknya mempunyai hutang keliling pinggang disebabkan masalah kewangan yang dihadapi. Dia juga pernah disoal siasat pihak polis kerana kes berkaitan produk yang dijual. Sebelum ini keluarga tahu dia pernah cuba bunuh diri beberapa kali tetapi tak sangka wanita itu akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Bakar4
sumber: facebook

Tolonglah peka dengan ahli keluarga atau kawan korang. Kalau ada yang tak kena, bawa mereka dapatkan bantuan pakar.

Baca: “Aku akan kelar tangan aku!” – Wanita Bunuh Diri Sebab 3 Kawan Tak Bagi Belanja Bil Karaoke

Bunuh Diri Karaoke