in

“Aku akan kelar tangan aku!” – Wanita Bunuh Diri Sebab 3 Kawan Tak Bagi Belanja Bil Karaoke

Bunuh Diri Karaoke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang biasa kan tengok atau experience sendiri situasi berebut dengan family members atau kawan-kawan sebab nak bayar bil. Masing-masing nak keluarkan cash atau kad debit/kredit depan cashier kan? Selalunya orang-orang tua je yang macam ni sebab dorang yang ada duit!


Bayar Bil
gambar hiasan

Tapi, lain pula yang jadi kepada 4 gadis dari Zhejiang, China yang berebut nak bayar sampai salah seorang sanggup buat tindakan tak disangka-sangka.

Menurut WORLD OF BUZZ, empat sahabat itu (Lee, Chen, Xu dan Zhang)telah keluar berhibur di sebuah pusat karaoke selepas selesai luangkan masa makan di kedai hotpot pada Oktober 2018.

Karaoke
gambar hiasan

Jumlah keseluruhan bil karaoke mereka adalah 1,300 RMB (lebih kurang RM783) dan semuanya menjadi kelam kabut ketika masing-masing offer untuk bayar. Waktu tu, Lee nak bayar tapi dihalang oleh Chen menyebabkan Lee marah dan tampar muka Chen sekuat hati sebanyak dua kali.

Tindakan Lee tu terus timbulkan pergaduhan antara 4 sekawan tu di mana tiga daripada mereka menolak antara satu sama lain. Ketika itulah, Xu terjaga dari tidur dalam keadaan mabuk dan cuba untuk tenangkan rakan-rakannya tu.

Malangnya, usaha Xu tidak berhasil dan ketika pergaduhan, Zhang baling satu botol beer ke atas lantai dan pecah. Xu terus angkat salah satu serpihan kaca dan ugut 3 kawan dia tu:

Saya akan cederakan diri saya kalau kamu tak berhenti bergaduh!”

Tapi, tiada seorang pun pedulikan dia dan mereka bertiga teruskan pergaduhan itu. Mereka bergaduh tanpa mempedulikan Xu sampai seorang saksi menjerit,

Xu kelar pergelangan tangan dia!”

Kelar Tangan
gambar hiasan

Tempat tu dipenuhi percikan darah Xu menyebabkan mereka bertiga terus berhenti bergaduh dan tergamam. Masing-masing tidak mampu berkata apa-apa kerana terkejut dengan apa yang terjadi.

Xu yang cedera tu terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lepas kejadian itu. Lee dikatakan tidak dapat mengawal dirinya dan membunuh diri di depan rakan-rakannya tu dengan terjun ke dalam satu tasik dalam.

Sebelum dia nak melompat, mereka cuba untuk bercakap dan memujuknya untuk menstabilkan emosi Lee tetapi gagal. Menurut laporan, Lee mempunyai masalah kewangan dan sebab itulah kawan kawan tak nak biarkan dia bayar bil tu seorang.

Admin rasa mungkin dia sebenarnya adalah masalah lain juga sebenarnya. Takkan sebab bayar bil tu dia jadi macam tu kan? Hmm…

Baca: ‘Selfie Terakhir’ : Pasangan Kekasih Sempat ‘Selfie’ Sebelum Bunuh Diri Akibat Hubungan Tak Direstui

Featured 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.