in

“Dia punya leteran kita memang rindui” – Mak Cik Petir Selamat Dikebumikan, Anak-anak Rindu Leteran & Nasihat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Innalillahi wainnailaihi rojiun…


Noryati Taib, 63, atau lebih popular dengan panggilan ‘Mak Cik Petir’ dalam kalangan peminatnya dilaporkan meninggal dunia jam 1.45 pagi tadi akibat sakit tua.

Pemergian pelakon senior ini bukan sahaja rindui peminatnya, namun anaknya juga memberitahu yang mereka bakal merindui ‘leteran’ dan nasihat ibu mereka itu, lapor Harian Metro.

“Arwah mama ada berhasrat mahu berkumpul dengan adik-beradiknya untuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, namun Allah lebih menyayangi mama,” kata anaknya, Faizul Hafiz Hashim, 36.

Menurut Faizul, hasrat itu juga telah disuarakan oleh arwah sejak Februari lalu lagi selepas pelakon tersebut mendapatkan rawatan di ICU selama 3 hari akibat komplikasi buah pinggang.

Arwah juga menurutnya suka memberi nasihat dan gemar ‘berleter’.

Arwah mama memang suka berpesan, dia punya ‘leteran’ memang kita rindu. Setiap hari dia berpesan supaya jangan sakitkan hati orang, jangan menipu dan berbaik dengan masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, ibunya juga ada luahkan hasrat untuk berbuka puasa bersama dengan adik beradiknya di kediaman dekat Taman Air Biru, Pasir Gudang.

“Kali terakhir mama keluar Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 27 Februari lalu akibat komplikasi buah pinggang. Selepas keluar HSI memang mama tidak berlakon lagi,” katanya lagi.

Anaknya juga memberitahu, semenjak ibunya masuk ke hospital, ramai anak angkatnya di dalam industri hiburan yang kerap mengunjungi termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad, Mamat Sepahtu, Joey Said dan Along Cham.

Jenazah Noryati telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada jam 11.30 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Iltihad Perjiranan 9 Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Al fatihah buat Noryati Taib. Pasti ramai yang merindui Mak Cik Petir.

Baca: Ingat Lagi ‘Makcik Petir’ Bermulut Becok? Kasihan Kini Diuji Potong Kaki, Bertarung Dengan Penyakit Kencing Manis

Sumber: Harian Metro
Sumber: mStar
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.