Salah satu cabaran yang dihadapi penggiat seni adalah apabila karya mereka diciplak dan disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kes drama atau filem ditonton secara haram di platform yang tidak sah masih berlaku sehingga ke hari ini walaupun berkali-kali penggiat seni memberi amaran.
Terbaharu, sebuah drama yang sedang ditayangkan di saluran Astro iaitu drama Khunsa dilaporkan banyak ditayangkan secara haram di media sosial.
Artikel berkaitan: “Isu penyondol.. sangat sensitif” – Pengarah Dah Lama ‘Pangkah’ Artis Kontroversi
Pengarah drama terbabit, Shahrulezad Mohameddin meluahkan kekesalannya apabila membaca komen netizen yang tidak rasa bersalah dan bangga mencadangkan kepada orang lain untuk menonton drama Khunsa hasil keringatnya dan produksi di aplikasi yang tidak sah.
View this post on Instagram
Menerusi hantarannya di Instagram, dia tidak akan sesekali halalkan mereka yang telah mencuri hasil keringatnya bersama produksi apabila memuat naik drama Khunsa melalui saluran-saluran haram tanpa keizinannya.
“Tak nak cerita banyak. Saya cuma nak cakap, saya tak halalkan dunia akhirat bagi sesiapa yang langsung takda rasa bersalah mencuri hasil keringat kami tanpa izin,” katanya yang masih lagi menyiapkan drama terbabit.
Dalam pada itu, dia juga berkata, memiliki, menonton atau mengedar harta intelek milik orang lain tanpa izin juga hukumnya haram dan berdosa.
View this post on Instagram
“Sila rujuk pada mana-mana ustaz yang bertauliah. Apa hukumnya menonton sesuatu yang tidak dapat izin pemilik harta intelek ini.
“So kalau mahu kami teruskan yang terbaik untuk kalian. Tolong jangan memuji muja kami tapi dalam masa yg sama kalian menikam kami dari belakang,” katanya.
Sementara itu, Azhan Rani yang juga salah seorang pelakon dalam drama bersiri ini meninggalkan komen mengajak Shahrulezad untuk membuat ‘drama petang’ seperti dahulu sebagai sindiran kepada mereka yang menonton secara haram.
Sumber: Instagram
