in

“Dia mental ke? Dia makan ubat ke?” – Respon Shiera Ijoy Pasal Kesihatan Mental Sakinah Buat Netizen ‘Terkejut’?

Ft Kinahadhd

Baru-baru ini, Sharifah Sakinah mendedahkan bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan melalui sebuah temu bual bersama pengacara popular, Pak Nil.

Video yang dimuat naik di Youtube Thinker Studios menunjukkan pelakon yang mesra disapa Kinah itu akui menghidapi penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Tonton video temu bual itu di bawah:

 

“Dia dah besar kot, dia ada mental ke?”

Kakak Kinah, Sharifah Shahirah atau mesra dipanggil Shiera dalam satu temu ramah berkata dia kurang pasti tentang tahap keseriusan masalah kesihatan mental dialami adiknya itu.

Shiera turut memberitahu bahawa Kinah bukan seorang yang suka bercerita tentang masalah dihadapi dalam hidupnya. Namun, dia menganggap mungkin Kinah sudah dewasa dan boleh menghadapi masalah peribadi tanpa bantuan keluarga.

Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri.”

Kinah3

 

Tak ada mental awareness?

Bagaimanapun, cara Shiera memberi respon terhadap wartawan tentang masalah kesihatan mental adiknya itu membuatkan netizen terkejut. Apa yang dikatakan oleh Shiera dan caranya sambil tertawa itu membuatkan netizen menganggap dia tiada mental awareness.

Awak cari pasal, awak selesaikan sendiri. Kalau dah teruk sangat, barulah kami (keluarga) datang. Sebab dia tak datang pun dekat keluarga.”

Dia dah besar kot, dia ada mental ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat, tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara.”

Dia makan ubat ke ah? Benda ni dah lepas. I didn’t know. Tengok dia hidup lagi, okay lah. Tapi sebab dia tahu dia boleh handle kot?”

Shiera juga berkata dia bersyukur adiknya sudah mengenali orang lain (tunang) dan mengakui lelaki itu pandai mengambil hati meskipun baru berjumpa beberapa kali. Mungkin hanya mahu melawak atau bergurau, namun sudah tentu sebagai seorang kakak Shiera pasti risau dan mendoakan yang terbaik buat Kinah.

Ruangan komen di Youtube menunjukkan ramai netizen bersimpati dengan Kinah kerana ahli keluarga boleh melawak soal kesihatan mental. Rata-ratanya membuat spekulasi dan berpendapat keadaan Kinah makin teruk kerana tiada sokongan daripada ahli keluarga yang tiada kesedaran tentang mental illness.

Melalui video temu bual bersama Pak Nil itu juga, Kinah berkata dia akan menetap di luar negara untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya.

Komen 2

Sedihnya tengok video Kinah tu… Admin doakan Kinah dapat rawatan yang terbaik untuk penyakit ADHD itu. 

Baca: “Lawan jangan tak lawan” – Mila Jirin Syukur Nonny Padam Gambar Buka Aurat Di IG, Bagi Sokongan Untuk Kuat Tempuh Dugaan

Fi Noni

Sumber: Youtube