in

“Allah kesiannya…” – Misteri Kehilangan Lelaki Terjawab, Ditemui Maut Lepas 5 Hari Kemalangan di Tepi Lebuhraya Jalan Kota Tinggi-Mersing

Accident 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedih… Misteri kehilangan seorang lelaki 5 hari lepas akhirnya terjawab selepas dia telah ditemui meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan di KM 23 Jalan Kota Tinggi-Mersing pada malam semalam.

Menurut Harian Metro, mayat mangsa ditemui sekitar jam 8.15 malam tadi selepas pihak polis menerima maklumat kes kemalangan maut. 


89815889 288268605472819 2468798475060379648 N

 

Mayat tersepit bawah kereta, kemalangan tepi lereng bukit 

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, sebuah Proton Persona telah ditemui orang awam dekat lereng bukit dalam jarak kira-kira 20 meter dari jalan besar.

Mayat mangsa pula katanya ditemui dalam keadaan tersepit di bawah kenderaan. Allahu… 

“Kejadian juga dipercayai berlaku beberapa hari berikutan keadaan mayat.

“Mayat yang berpakaian lengkap itu ditemui dengan kecederaan parah di badan dan kepala.

“Berdasarkan dokumen diri, mangsa ialah Muhammad Izzudin Israfil, 30, yang beralamat di Taman Sri Puteri Mersing yang dilaporkan hilang di Balai Polis Ulu Tiram sejak 7 Mac lalu,” katanya.

89947715 288268672139479 8812636634936770560 O

89506913 288268705472809 3521396458530013184 N

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan waris mangsa juga telah dikesan untuk tujuan pengecaman.

 

“Kesiannya 5 hari baru jumpa” 

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan berdoa semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini.

Kesian

Al fatihah… 

Baca: “Patut rasa tak sedap hati” – SEDIH! Pelajar Universiti Tengok Sendiri Rumah Musnah Dijilat Api Depan Mata Semasa Balik Kampung

Bakar 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.