in

“Lah ni halal pulak” – Kecoh Isu Gadis ‘Menggeletar’ Tanggal Rantai MK K-Clique di Konsert

Buka Rantai Mk Kat Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, nama MK K-Clique pernah tular gara-gara memakai rantai emas yang mana haram bagi seorang lelaki beragama Islam untuk memakainya.


Pun begitu, nama MK sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tular satu video yang memaparkan dirinya menyuruh seorang gadis menanggalkan rantai yang dipakainya ketika beraksi di sebuah konsert pesta makan. Uiks! 

 

“Tolong buka” 

Menerusi video berkenaan, korang boleh lihat betapa terujanya peminat wanita MK apabila diminta untuk membukakan rantai di leher penyanyi itu. Menggigil ye tangan peminat MK tu… 

Rantai dengan tulisan MK itu kemudian dipercayai diberikan kepada gadis itu sebagai kenangan. Wah! 

 

“Kalau kpop auto kena kecam mat” 

Video yang tular itu walau bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mana beranggapan ia satu tindakan tidak manis dilakukan oleh seorang gadis.

Malah ada juga yang tak puas hati dan membandingkan situasi itu jika ia berlaku di konsert Justin Bieber atau Kpop yang mana pasti akan mendapat kecaman hebat bukan saja dari netizen namun pihak berkuasa.

Mk Kpop Justin

Apa-apapun bagi admin, tak kisahlah konsert Justin Bieber ke, Kpop ke, atau MK, kalau ada benda tak elok berlaku itu wajarlah kita tegur. 

Baca: “Macam mana boleh lepas ni” – [VIDEO] Netizen Persoal Konsert Pesta Makanan Tiada SOP?

Untitled Design 2022 03 28T133947.345

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.