in

“Dia bantu aku…” – Mila Jirin Menangis Di IG, Sedih Bila Dapat Tahu TS Muhyiddin Bakal Letak Jawatan

Mila Sedih Tsmy Letak Jawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan ura-ura yang mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletak jawatan hari ini, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin semalam telah berkongsi rasa pilunya di Instagram.


Menerusi perkongsian tersebut, Mila di dalam satu video memberitahu dia sangat sedih mengenangkan jasa Muhyiddin terhadapnya sebelum ini.

Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ini. 

“Tapi mungkin… sebab dia bantu aku. Dia bantu aku,” katanya.

Dia juga pada masa yang sama berdoa semoga negara kita kembali pulih dan berjaya melawan wabak COVID 19 di masa hadapan.

“InsyaAllah, aku doa sangat semoga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. InsyaAllah, angkatlah COVID 19 ini jauh-jauh ya Allah. 

“Kita bergantung harap kepada Allah. Allah ada. Minta maaf kawan-kawan. Teremosi pula,” katanya lagi.

 

“Kami harap tok abah kekal sebagai pemimpin” 

Video tersebut telah mendapat lebih 200,000 view dan rata-rata netizen di bahagian komen berkongsi rasa sedih yang sama seperti Mila.

Sedih Mila Nangis Abah Din

Dalam pada itu bila disoal apakah jenis bantuan yang diterima oleh Mila hingga membuatkannya bersedih, Mila menerusi satu lagi posting menjelaskan ia bukanlah bantuan peribadi namun bantuan subsidi upah kepada majikan untuk membayar gaji pekerja.

Apa-apapun marilah kita berdoa yang terbaik buat Malaysia hari ini. 

Baca: PM Akan Serahkan Surat Perletakan Jawatan Esok Kepada YDPA?

1Tsmy

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.