in

“Dengar berita negatif punca jadi takut” – Hampir 10,000 Penduduk Kelantan Tak Datang ‘Appointment’ Cucuk Vaksin

Ft Vaksinkelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir 10,000 penduduk di Kelantan yang telah mendaftar dan mempunyai tarikh janji temu tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin. Menurut Berita Harian, sehingga semalam jumlah itu termasuklah dengan sebahagian besar golongan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata antara puncanya ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan. Selain itu, ada yang gagal hadir kerana masalah peribadi dan ramai yang tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Semua yang tidak hadir mendapat suntikan vaksin adalah mereka yang berdaftar bagi fasa kedua. Apabila kita mendapat senarai sehari atau dua hari sebelum janji temu, kita akan menghubungi setiap individu untuk mengenal pasti sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa ditetapkan.”

“Bagaimanapun, bukan semua dapat dihubungi kerana terlalu ramai yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera. Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menjawab panggilan.”

Vaksin1 1

Sementara itu, seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Zahra, 70 tahun, berkata rasa takut selepas mendengar pelbagai berita negatif mengenai kesan vaksin adalah punca dia tidak hadir untuk janji temu suntikan vaksin.

Menurut Harian Metro, maklumat negatif itu didengarinya ketika berborak dengan penduduk kampung dan membuatkannya rasa belum bersedia untuk menerima vaksin. Bagaimanapun, dia akui pada awalnya ketika kerajaan meminta rakyat untuk mendaftar dan mengambil suntikan vaksin, dia bersikap terbuka.

“Ketika itu ketika anak memaklumkan sudah mendaftarkan mak cik untuk menerima suntikan vaksin, memang mak cik bersetuju dan tidak memikirkan perkara negatif.”

“Namun apabila bercakap mengenai isu vaksin dengan orang kampung lain, banyak cerita negatif yang diberitahu kesan dari suntikan vaksin menyebabkan mak cik jadi berbelah bahagi.”

“Disebabkan perasaan itu juga mak cik tidak hadir untuk janji temu suntikan vaksin bulan lalu, walaupun anak sudah memaklumkan perkara itu. Mak cik meminta masa kepada anak untuk berbuat demikian apabila sudah rasa bersedia.”

Vaksin2

Katanya lagi, anak-anak sudah memainkan peranan mereka dan menceritakan kelebihan serta mengapa dia perlu mengambil suntikan vaksin. Namun kini disebabkan keengganannya, dia tidak dibenarkan oleh anak untuk ke tempat sesak.

Seorang warga emas dikenali sebagai Hamidah, 67, juga memberikan alasan yang sama mengapa dia gagal hadir untuk terima suntikan vaksin dua minggu lepas. Katanya, dia mula berasa berbelah bahagi dan takut selepas mendengar ada yang bercerita tentang kesan vaksin boleh menyebabkan kematian.

“Mak cik juga berharap pihak berkenaan (Jabatan Kesihatan) supaya masuk ke kampung-kampung untuk menceritakan kepentingan vaksin supaya dapat mengembalikan keyakinan kepada kami golongan berusia.”

Baca: “Darah beku sebab vaksin actually” – Gadis Dakwa Pemanah Negara Maut Disebabkan AstraZeneca, Kini Diburu Polis

Ft Aqilabod

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.