in

“Darah beku sebab vaksin actually” – Gadis Dakwa Pemanah Negara Maut Disebabkan AstraZeneca, Kini Diburu Polis

Ft Aqilabod

Tular sebuah video di media sosial sejak Sabtu lepas menunjukkan seorang gadis yang berhujah tentang vaksin. Bukan itu saja, dia turut mendakwa kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin berpunca daripada darah tersumbat disebabkan pengambilan vaksin AstraZeneca.

Dia mendakwa maklumat itu diperoleh daripada ibunya dan majikan ibunya yang merupakan seorang doktor pakar. Video yang dimuat naik di Instagram story dan kini telah mendapat perhatian di media sosial itu turut menunjukkan dia mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kematian berkenaan.

Haziq

Aku cakap apa yang aku tau daripada mak aku, daripada majikan mak aku which is doktor pakar. Aku dengarlah cakap dia, dia doktor pakar. KKM cakap dia (arwah Haziq) meninggal disebabkan saluran darah tersumbat. Tapi sebenarnya darah beku, disebabkan vaksin actually.”

Ini doktor majikan mak aku tu cakap. Tapi kerajaan tak bagitahu, KKM tak bagitahu dekat rakyat Malaysia effect vaksin tu. Takkanlah nak bagitahu. Kalau bagitahu korang takutlah nak ambil (vaksin).”

Melalui video itu juga, dia turut dilihat seolah-olah mengajak orang ramai untuk tidak mengambil vaksin. Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan gadis dikenali dengan nama Aqila Yusri itu selepas ada pihak tampil membuat laporan.

Minah3

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati rakaman itu dimuat naik menerusi status Whatsapp milik penama , Aqila Yusri selain turut dimuat naik dalam Instagram @aqilayusri.

Hasil penelitian dalam video itu mendapati terdapat seorang wanita menyatakan kematian Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran darah tersumbat akibat ambil vaksin berkenaan.”

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat.”

Kes penularan video palsu itu kini disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang maklumat tidak sahih di media sosial kerana akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, melalui akaun Instagram, Aqila dilihat telah membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan salah faham kepada semua pihak.

Maaf1

Maaf2

Baca: “Kita dah tak ada masa” – Doktor Rayu Percepatkan Vaksinasi, Beri Keutamaan Kepada Mereka Yang Nak

Rafidah

Sumber: Twitter