in

Datuk Yusof Haslam Sudah Jangka Tanah Runtuh Bakal Berlaku, Sanggup Keluar Duit Poket Pasang Tembok Penahan

Yusof Haslam Tanah Runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, hujan lebat sejak awal pagi telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Hulu Klang.

Susulan itu, 300 penduduk di 18 rumah di Jalan E6 diarahkan untuk meninggalkan kediaman mereka bagi mencegah sebarang insiden yang mungkin berlaku.


Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam yang juga tinggal di kawasan berdekatan berkata, beliau sudah menjangkakan insiden tanah runtuh itu akan berlaku di lereng bukit di Taman Melawati selepas beberapa runtuhan kecil berlaku sebelum ini.

Hangat Seminggu E1680426642571 1409X1536 1

Yusof yang sudah tinggal di kawasan itu selama 30 tahun memaklumkan kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira 400 meter dari rumahnyna.

Tambahnya lagi, tiada langkah kawalan keselamatan yang sepatutnya diambil selepas runtuhan kecil itu berlaku pada beberapa bulan lepas.

Saya nampak tanah ini akan runtuh dan jika tidak berbuat sesuatu, maka apabila hujan lebat tadi, air longkang yang mengalir melimpah sehingga menghakis tanah dan menyebabkannya runtuh.

“Beberapa bulan lalu juga sudah berlaku runtuhan kecil di kawasan sama kerana tiada sebarang langkah kawalan keselamatan dilakukan,” katanya.

61728968445 Tanahruntuhtaman

Artikel berkaitan: “Susah senang sama-sama”- Ini Kisah Disebalik Persahabatan Datuk Yusof Haslam Dan A. Galak

Artikel berkaitan: Tanah Runtuh Hanya 100 Meter Dari Rumah, Sharifah Shahirah Tak Tenang Setiap Kali Musim Hujan

Keluar duit sendiri pasang tembok penahan keliling rumah 

Menurut Yusof, beliau telah mengambil langkah keselamatan dengan memasang retaining wall (tembok penahan tanah) di kawasan rumahnya dan melabur sejumlah wang bagi memastikan ia selamat dan tidak terjejas disebabkan bencana alam.

Pengarah tersebut walau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang sudah dibelanjakan untuk binaan tersebut.

2848628

Sebagai pemilik rumah, kita kena jaga semua aspek (keselamatan), rumah saya penuh (dikelilingi) retaining wall dan ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

“Selain itu, saya dan pekerja juga sentiasa pantau kawasan sekitar rumah dan dalam satu atau dua tahun sekali, saya akan panggil jurutera tengok… Alhamdulillah, setakat ini sistem longkang dan penahan air tiada halangan,” katanya.

Buat masa ini, apa yang dilakukannya ialah sentiasa peka dengan setiap perubahan yang berlaku bagi menghindari perkara buruk.

Tambahnya lagi, sejak tinggal di kawasan itu sejak 30 tahun lalu, dia dan keluarganya tak pernah kosongkan kediaman, namun dia tetap mengambil langkah keselamatan dan mengikuti nasihat jurutera.

“Bukan nak kata saya terlebih yakin tapi saya serah pada Allah. Masa saya mula-mula duduk di sini pun, saya kurang buat protection, tapi bila kerap kali hujan, saya dah mula ambil langkah-langkah tertentu tapi kalau berlaku juga (bencana alam), itu kuasa Allah,” katanya.

Kita doa yang baik-baik sahaja buat mereka yang terjejas dengan bencana ini. 

Sumber: Scoop

Sumber: UM
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.