in

“Datang Melaka, hati kena kental” – Makcik Steady Sembang Dengan Customer Macam Nak Gaduh

Page Melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min rindu betul nak berjalan sana sini dengan family, kawan-kawan. Bercuti dalam negeri-negeri di Malaysia pun dah cukup seronok dah.


Malaysia memang dikenali dengan negeri-negeri yang mempunyai loghat tersendiri. Pergilah ke utara ke selatan ataupun Sabah dan Sarawak, semua ada tarikan unik dalam bahasa mereka sendiri.

Dari dulu sampai sekarang, Melaka terkenal dengan bandaraya bersejarah dan juga tempat makan yang sedap. Bukan itu sahaja, sesiapa yang pergi ke sana pasti akan terkejut dengan lengguk bahasa yang digunakan.

Ini kerana Melaka sangat dikenali dengan bahasa yang kedengaran agak ‘kasar’ walaupun sebenarnya benda yang diborakkan tidaklah membangkitkan kemarahan sesiapa. Perkara itu dibuktikan sendiri oleh pengguna TikTok melalui videonya di @farizz_hm.

@farizz_hm

Reply to @dausheros kedai area KG Morten melaka.. ‘Lorong Tun Mamat 3’ nama lorong… #tiktokmelaka #tiktokmalaysiaviral #tiktokgeng #tiktokviral

♬ original sound – farizz_hm – farizz_hm

Menerusi video itu, lelaki yang hanya dikenali sebagai Fariz merakam cara seorang makcik yang sedang berniaga. Makcik itu dilihatkan memanggil pelanggan dengan cara yang kasar walaupun hanya untuk memberitahu pesanan telahpun siap.

“Orang Melaka memang cakap kasar beb, jangan terkejut pulak kalau tiba-tiba kena maki” – Netizen

Di ruangan komen, rata-rata berkongsi pendapat bahawa orang yang tidak berasal dari Melaka haruslah biasakan diri apabila berada di sana kerana hampir semua orang di Melaka sememangnya bercakap secara kasar sesama mereka.

Komen Melaka

Komen Melaka 2

Komen Melaka 3

Bila dah baca satu-satu komen yang diberikan, memang tak dapat dinafikan orang Melaka kalau bercakap bunyi agak kasar. Tetapi, mereka ni sebenarnya lemah lembut je. Jangan pula judge the book by its cover.

Jom lah bercuti kat Melaka, mana tau boleh join makcik pakcik kat sana borak.

Baca: “Kita berlapang dada” – Netizen ‘Respect’ Reaksi Tenang Suami Raja Farah Berhubung Video Viral

Collage 34

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.