in

“Kita berlapang dada” – Netizen ‘Respect’ Reaksi Tenang Suami Raja Farah Berhubung Video Viral

Collage 34

Baru-baru ini, satu video yang diambil dari TikTok telah tular di Twitter menunjukkan rakaman sebuah program TV membabitkan Shuk Sahar, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy.

Program yang sepatutnya menceritakan tentang watak yang dipegang oleh pelakon-pelakon ini kemudiannya jadi lain bila Fauzi Nawawi mula menceritakan mengenai babak rogol yang pernah dilakonkannya dalam filem Anak Halal dahulu.

Screenshot 2021 10 20 At 11.03.24 Am

Apa yang buat ramai tak senang duduk adalah apabila Fauzi Nawawi telah menceritakan secara detail mengenai babak rogol tersebut yang telah pun dipotong keluar dari filem itu atas permintaan ibu bapa Raja Farah.

Screenshot 2021 10 20 At 11.04.07 Am 1

Ekoran ini, nama Raja Farah telah menjadi trending nombor satu di Twitter sejak malam tadi dan rata-rata netizen meluahkan rasa jijik mereka dengan tindakan Fauzi Nawawi lebih-lebih lagi memikirkan Raja Farah yang telah pun berhijrah, berkahwin dan tak terlibat dalam dunia lakonan lagi.

“It’s wrong at all level”

Screenshot 2021 10 20 At 11.02.13 Am

Kerana perkara ini telah pun viral di media sosial, malam tadi Raja Farah telah memuat naik respon suaminya dan dirinya sendiri mengenai perkara tersebut menerusi IGTV di Instagram peribadinya.

Menurut suami Raja Farah, sebenarnya video yang tular itu tak memerlukan respon dari dirinya mahu pun isterinya kerana ia memalukan.

Kepada orang mengatakan, pelaku tu, it’s wrong at all level kerana dia tak menjaga aib dan kehormatan wanita secara keseluruhannya.

Saya boleh faham yang you nak cerita pasal karya seni you sebab isteri saya pun berlatar belakangkan anak seni. Tapi untuk namakan spesifik tentang scene yang saya rasa… Itu tentang aib dan kehormatan wanita.

Sebagai suami, perkara ni awkward untuk respon. Memalukan kami kerana sebagai suami bagi saya ungkapan orang yang cakap ini umpama orang yang jahil sebab tak mungkin dia ungkapkan hal ini kepada adik perempuannya, kepada kakaknya atau kepada ibunya.

Tegas suami Raja Farah lagi, dia tak mahu memanjangkan perkara ini dan dia hanya buat video ini kerana tak mahu ia dijadikan fitnah.

Mungkin kerana terlepas cakap, atau dia jahil, atau excited. Saya rasa by now pun dia akan rasa sesal dengan apa yang diucapkan. Jadi kami berlapang dada walaupun isteri saya agak terkesan dengan hal ini.”

Manakala bagi Raja Farah pula, dia meminta agar Fauzi Nawawi meminta maaf kepada dirinya dan suaminya.

Bagi pihak saya, saya sangat terkesan, rasa dibuka aib dan tidak hormati. Kami berlapang dada dan sebaik-baiknya pihak yang berkata-kata itu minta maaf tak secara terbuka pun tak apa, cari kami dan mohon maaf.”

Tambah Raja Farah lagi sebagai manusia, memang normal untuk ada tersalah ketika berkata dan memahami perkara tersebut.

Respon dari suami isteri ini rata-rata telah mendapat pujian dari ramai netizen kerana pasangan ini dapat menguruskan perkara ini dengan baik dan tenang tanpa beremosi.

Screenshot 2021 10 20 At 10.58.54 Am Down

Memang respect cara suami Raja Farah bercakap, sangat tenang dan tak cepat melatah. Moga pasangan ini terus kuat.

 

Baca: Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang?

Screenshot 2021 10 20 At 11.08.46 Am