in

“Dari 66KG ke 48 KG” – Berat Badan Yasin Susut Kerana Tiroid, Bukan Penjara Tak Bagi Makan

Yasin Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yasin Sulaiman yang merupakan penyanyi serta komposer terkenal kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahannya berkaitan dengan dadah sejak Mac tahun lalu.

Ramai yang mempersoalkan perubahan fizikalnya di mana dia kelihatan jauh lebih kurus dari sebelumnya.


Pun begitu, Yasin berkata dia bukanlah tidak mendapat makan yang cukup di penjara tetapi dia disahkan menghidap penyakit tiroid pada November lalu dan berat badannya turun sehingga 18 kilogram.

Cats 28

Menurut laporan Harian Metro, dia ditemui selepas sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini, katanya, dia tidak mahu orang ramai beranggapan pihak Jabatan Penjara tidak memberinya makan atau mengabaikan kebajikannya kerana perubahan badannya.

“Seperti semua dapat lihat, saya kurus sekarang. Semasa masuk penjara dulu berat badan saya 66 kilogram dan sekarang 48 kilogram.

Saya tidak mahu ada orang berandaian penjara tidak beri makan. Penjara banyak makanan sehingga melimpah ruah dan sebenarnya ramai saja banduan yang gemuk.

Saya derita tiroid selama lima bulan tapi Alhamdulillah dengan bantuan dan pertolongan pihak penjara, saya mendapat ubat-ubatan serta menjalani rawatan susulan setiap bulan,” katanya.

Sebagai info, tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher yang boleh mengakibatkan banyak gejala termasuk keletihan, insomnia dan penurunan berat badan.

Sementara itu, Yasin memberitahu dia gembira dan bersyukur kerana diberikan layanan yang baik oleh pegawai penjara serta banduan lain.

Baca: “Aku sakit mental, sesekali kronik” –  Sengsara Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Kedua

Yasin Aku Bipolar

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.