in

“Aku sakit mental, sesekali kronik” – Sengsara Dalam Penjara, Yasin Sulaiman Tulis Lagu Kedua

Yasin Aku Bipolar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal tahun ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan penangkapan penyanyi nasyid dan komposer Yasin Sulaiman, atas kesalahan memiliki dan mengedar dadah jenis ganja.


Bagaimanapun, awal bulan ini pemenang Anugerah Juara Lagu ke 17 itu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Baru-baru ini, Yasin Sulaiman melalui laman Instagram miliknya berkongsi lirik lagu keduanya yang ditulis dari dalam Penjara Sungai Buloh yang berjudul Aku Bipolar.

“Aku sakit mental, Sesekali kronik, Zahir sentimental, Di dalam tragik” tulisnya. 

Nukilan tersebut merupakan lagu kedua yang dicipta oleh penyanyi lagu Mimpi Laila itu sejak berada di Penjara Sungai Buloh, dan lagu pertama ditulisnya pada Mei lalu selepas lebih sebulan ditahan di penjara.

Menurut Astro AWANI, lagu Aku Bipolar ini berkisarkan tentang luahan perasaan Yasin ketika ini dan ia dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarganya bersama hashtag #YasinSulaiman dan #Solidarityforyasinsulaiman.

Dalam lirik lagu yang dimuat naiknya itu, dia memberitahu berkenaan penyakit bipolar yang dialaminya, tulisan lagu itu juga menyatakan dia memerlukan ‘rawatan kanabis’ bagi mengubati penyakitnya itu.

Semoga keadilan diberikan kepada Yasin Sulaiman…

Baca: [TERKINI] Yasin Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.