in

“Dapat ke aku memang makan penerajang” – Ibu Terseksa Tengok ‘Doktor Pelatih’ Cucuk Tangan Anak 10 Kali Untuk Ambil Darah

Cucuklah Jarum Itu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau masuk hospital ataupun kena jalani ujian darah, korang mesti alami situasi di mana doktor mahupun nurse mengalami kesukaran nak ambil darah dari tangan korang.


Kadang-kadang tu, tangan sampai lebam, bengkak dan sakit gara-gara pegawai perubatan salah cucuk jarum. Tapi cuba korang bayangkan kalau perkara ni terjadi kepada bayi baru lahir, macam mana agaknya anak kecil ni menahan sakit?? 

 

“Cucuk hampir 10 kali for 1st attempt” 

Menerusi perkongsian seorang ibu di Facebook, wanita ni ternyata sangat sedih dan kecewa dengan apa yang menimpa anaknya apabila seorang ‘doktor pelatih’ telah mencucuk hampir 10 kali pada tangan bayinya tu demi percubaan untuk mengambil darah. 

Lebih menyedihkan budak ni bukannya besar pun, baru saja dilahirkan dan apabila si ibu menegur tindakan ‘doktor pelatih’ tersebut, dia pulak yang kena marah.

Doktor 1

77214884 698227170700472 1116507045294505984 N
sumber: facebook

 

“Kalau aku lah… Memang kena sound terus, tak ada cakap banyak kau panggil yang lebih senior sekarang!” 

Rata-rata netizen yang membaca posting memang panas hati dan mengaku mereka juga pernah alami situasi yang sama. Kalaulah perkara ni terjadi kepada anak mereka, doktor tersebut mungkin dah kena ‘sound’ teruk-teruk.

Sebak 1
sumber: facebook

 

“Nurse buat sekali ja terus dapat darah” 

Dalam pada masa yang sama, ada netizen yang mengakui para nurse lebih ‘pakar’ dalam tugas ambil darah ni. Sekali buat je terus jadi! Wow… 

Cucuk
sumber: facebook

Apa-apapun min tak salahkan doktor pelatih yang lain, mungkin dorang masih dalam sesi belajar lagi. Macam manapun kalau dah sampai dekat 10 kali tu, eloklah suruh orang yang lebih arif buat. Kesian bayi tu terseksa. 

Baca: “Patutnya mudahkan je” – Jenazah Bayi Kena Tahan Dekat Hospital Sebab ‘Parents’ Tak Bayar Bil

Bil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.