Bagi umat islam, kalau seseorang itu meninggal dunia jenazahnya hendaklah disegerakan uruskan. Menguruskan jenazah juga merupakan fardhu kifayah.
Baru-baru ni, satu kejadian di mana mayat seorang bayi yang baru sahaja berusia 6 bulan ditahan di sebuah hospital hanya sebab keluarganya belum membayar kos rawatannya. Kejadian in berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Menurut CNN Indonesia, mayat bayi yang dinamakan sebagai Muhammad Khalif Putra itu dikatakan baru sahaja dimasukkan kedalam hospital akibat masalah usus selama 5 hari dan kos rawatannya mencecah hampir Rm7000.
“Takut bayi tu masih hidup”
Mayat bayi itu ditahan di hospital hampir 4 jam selepas kematiannya. Pihak hospital berkata, mereka bukan sesuka hati menahan bayi tersebut, namun apabila berlakunya kematian terdapat beberapa prosedur yang perlu di lakukan oleh pihak hospital.
“Kita bukannya sesuka hati nak tahan mayat tersebut.”
“Macam mana kalau dia masih hidup dan belum lagi meninggal? Sebab itu pihak hospital perlu lakukan beberapa prosedur yang biasa” kata wakil pihak hospital.
Mayat bayi ini kemudiannya di bawah pulang secara paksa oleh sekumpulan penunggang gojek kerana bapa bayi ini merupakan salah seorang penunggang gojek
“Khalif sudah ditahan sejam jam 9 pagi sehingga 1 petang, tapi pihak hospital tetap tak mahu lepaskan” kata ibu Khalif.
Namun sehingga kini, keluarga bayi itu masih lagi belum melunaskan bayaran terhadap hospital berkenaan dan mereka masih berusaha untuk membayar hutang tersebut.
Walau apa pun, sebagai umat islam, kita memang kena segerakan urusan pengebumian jenazah. Tak elok kalau ditangguh.