in

Addy Kana & Alvin Terlibat Dalam Macau Scam, Jadi Ejen Sindiket Didalangi Warga China – Polis

Addy Alvin

Menurut Harian Metro, Addy Kana dan Goh Leong Yeong @ Alvin terlibat dalam Macau Scam dan polis telah menyerbu 12 pusat panggilan sejak Sabtu lalu susulan pembongkaran sindiket perjudian dalam talian membabitkan kedua-dua mereka, awal bulan ini.

Serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang dan polis turut menahan 138 individu membabitkan 95 warga China serta 43 orang warga tempatan.

Addy2

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati kebanyakan pusat panggilan diserbu menyasarkan mangsa di China.

“Daripada 12 serbuan dijalankan, ada sebuah premis di Cheras didapati terbabit dengan kegiatan mempromosikan pelacuran di WeChat, QQApp dan Weibo. Selain itu, kami menahan seorang warga tempatan di sekitar Lembah Klang, semalam yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek yang melarikan diri.”

“Kami akan menyiasat jika wujud pembabitan ahli politik dalam kegiatan ini, namun setakat ini kami tidak mengesan elemen berkenaan.”

Macau

Pihak polis turut menyerbu pejabat Alvin di Plaza Low Yat dan tidak menolak kemungkinan Alvin di plaza berkenaan menjadi faktor dia mendapat ‘tawaran’ daripada sindiket di China. Pemeriksaan lanjut juga mendapati Addy Kana mempunyai jenayah lampau bersabit kes samun mengikut Akta Ordinan Darurat 1969.

“Siasatan mendapati kedua-dua mereka adalah ejen sindiket didalangi warga China yang menjalankan kegiatan Macau Scam, penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan perjudian dalam talian.”

“Kami dapati mereka memang terbabit dalam mencari peralatan, logistik dan kemudahan Internet. Wujud elemen ‘scam’. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas.”

“Perintah lanjut reman ketiga-tiga suspek termasuk Addy akan dipohon mengikut Seksyen 4 (2)(a) POCA selama 38 hari apabila tempoh reman mereka tamat pada 3 November depan.”

Goh

Siasatan kini sedang dijalankan pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung tindakan Alvin yang berjaya melarikan diri di pejabat SPRM, 11 Oktober lepas.

Polis juga kini sedang memburu 7 individu berhubung premis pusat panggilan bagi perjudian dalam talian yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

Baca: Macau Scam: 10 Lagi Artis, Selebriti Yang Juga Kawan Isteri Suspek Utama Akan Dipanggil SPRM

Sprm Macau

Sumber: Awani