in

“Dalam jarum ni ada apa?”- [VIDEO] Netizen Cair Tengok Petugas PPV Balas ‘Pickupline’ Harris Annuar

Fi Staf Ppv Pikapline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita cakap situasi dekat mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) ni, mesti banyak cerita yang dikongsikan lagi-lagi oleh petugas di tempat itu sendiri.


Namun mungkin betul juga apa orang cakap, di PPV ni jugalah boleh bermulanya bibit-bibit cinta seseorang. Tibeh gittuw

 

Petugas bagi pickupline padu

Baru-baru ini perkongsian video daripada seorang Insta Famous iaitu Harris Annuar, ketika dia menerima suntikan vaksin membuatkan hati ramai jejaka di luar sana berbunga-bunga. Bukan berbunga dekat Harris tu ya.

Menerusi postingnya di TikTok, Harris sempat merakamkan momen manis ketika dia menerima suntikan vaksin di sebuah PPV.

Staf Ppv Pikapline 1

Sewaktu nak mulakan proses vaksinasi, petugas tersebut seperti biasa memberitahu perincian berkenaan vaksin bakal diberi. Secara tiba-tiba, dia beritahu pada Harris yang rekod video tak dibenarkan jika tak ada dia sekali. Terus terkejut Harris dengar pickupline petugas wanita itu. Amboi…

Harris sebelum ini memang terkenal sebab selalu muat naik dia suka mengacau dan bergurau dengan ibunya di media sosial. Mungkin sebab selalu tengok video Harris, wanita itu bagaikan sengaja cakap begitu sebab Harris selalu usik ibunya sedemikian.

Tapi Harris tak duduk diam, dia sempat lagi balas balik pickupline petugas berkenaan sampai dia tersipu malu. Oleh sebab mungkin dah terlampau geram dengan pickupline selebriti itu, wanita tersebut bagi ‘serangan’ terakhir sambil cucukkan syringe berisi vaksin kepada Harris. Tanpa sebarang amaran di situ ya.

@harrisannuar

Kalau mcm ni hari hari cucuk pun xpe? #viral #video #malaysia #tiktok #viralvideo #malaysian #BangkitBotak

♬ original sound – Harris Annuar – Harris Annuar

 

“Lepas tgk video ni terus hilg rasa antivac”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata momen itu membuatkan ramai kaum lelaki di media sosial cemburu dengan Harris. Ada yang bergurau mengatakan, tindakan petugas itu buatkan mereka tak sabar-sabar nak terima suntikan vaksin malah ada juga tanya terdapat suntikan ketiga atau tak.

Reak Staf Ppv Pikapline 2 Edit

Reak Staf Ppv Pikapline 1 Edit Reak Staf Ppv Pikapline 3 Edit

Lain macam request korang . Sesiapa tahu PPV mana roger2 okay. Ehh!

 

Baca : “U orang apa?” –  [VIDEO] Petugas Guna ‘Senjata Rahsia’ Handle Warga Asing Yang ‘Tak Faham Bahasa’ Di PPV

Foot Staf Ppv Pikapline

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.