in

“U orang apa?” – [VIDEO] Petugas Guna ‘Senjata Rahsia’ Handle Warga Asing Yang ‘Tak Faham Bahasa’ Di PPV

Fi Doktor Senjata Rahsiaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata pertambahan bilangan kes harian Covid-19 bukanlah saja berpunca daripada warga tempatan, malah daripada warga asing yang menetap di negara ni juga.


Jadinya, proses vaksinasi untuk mereka ini turut dipergiatkan oleh kerajaan kerana mereka juga merupakan golongan yang banyak bekerja dalam pelbagai sektor penting di negara ini. Tapi pernah tak korang terjumpa, warga asing yang tak tahu cakap bahasa Melayu langsung dekat mana-mana PPV?

 

Petugas tunjuk cara nak ‘handle’

Bagi sesiapa yang bertugas sebagai volunteer kesihatan mahupun bukan kesihatan di mana-mana PPV sekalipun, mesti ada yang pernah alami masalah kekangan bahasa dengan penerima vaksin bukan warganegara.

Namun dengan cara yang dikongsikan oleh doktor Kamalia ini, patut dipuji ramai kerana boleh dikatakan sebagai sangat ‘kreatif’.

Doktor Senjata Rahsia 1

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, doktor Kamalia mendedahkan masalah terbesar bila berdepan dengan warga asing yang nak terima vaksin di PPV.

Beliau yang bertugas di PPV Persada PLUS Petaling Jaya, menunjukkan ‘senjata’ rahsianya berdepan dengan warga asing di sana. Dalam video tersebut, kedengaran seorang lelaki warga Myanmar yang tak berapa faham dengan pertanyaan oleh Puan Kamalia. Selepas ditanya dalam bahasa Melayu, lelaki tersebut juga tak faham pertanyaan dalam bahasa Inggeris.

Lalu, doktor tersebut terus menunjukkan kertas kepada lelaki berkenaan. Rupa-rupanya, dekat helaian kertas berkenaan terdapat beberapa terjemahan pertanyaan dalam pelbagai bahasa. Apa yang paling uniknya, bahasa-bahasa yang di senaraikan tu adalah mengikut kepada majoriti warga asing yang terdapat di negara ini. Bijak!

Perkongsian Dr. Kamalia ini membuka mata ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 180k views di akaun TikTok miliknya.

@kamalia.drbullion

bila tengok balik video ni, buat lagi nampak kepentingan face shield di ppv ?#fyp

♬ Astronaut In The Ocean – Masked Wolf

 

“This is actually a Good idea”

Menjengah ke ruangan komen, ‘senjata’ rahsia petugas tersebut nyata mendapat pujian netizen. Ramai yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu langkah yang bagus, serta ada juga turut memuji doktor tersebut yang tetap melayan lelaki tersebut dengan baik.

Reak Doktor Senjata Rahsia 1 Edit Reak Doktor Senjata Rahsia 2 Edit Reak Doktor Senjata Rahsia 3 Edit Reak Doktor Senjata Rahsia 4 Edit

Bijak gila! 

 

Baca : “Balik kau!” [VIDEO] Petugas PPV Halau Warga Asing Datang Cucuk Vaksin, Rupanya Sebab…

Foot Doktor Senjata Rahsia

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.