Ternyata dalam diam ahli kerabat Sweden menjadi frontliner di hospital dalam usaha untuk menangani wabak Covid-19 di negara itu.
Menurut IndiaToday, Puteri Sweden, Puteri Sofia telah mengambil inisiatif untuk menjalani program latihan jurusan kesihatan secara online selama 3 hari.
Puteri Sofia berbuat sedemikian selepas menawarkan diri untuk berkhidmat dengan pasukan perubatan dan kini sudah mula bertugas di Sophiammet Hospital dekat Stockholm, Sweden.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Puteri Sofia di Instagram peribadinya dan suami, Putera Carl Philip. Bukan itu saja, Puteri Sofia juga merupakan badan kehormat di hospital terbabit.
Dalam kerangka ‘tindak balas kecemasan’, saya kini ditempatkan di satu unit rawatan hospital bersama rakan-rakan lain yang baru dilatih.”
Saya menyokong dan membantu kakitangan penjagaan dengan pelbagai tugas termasuk penjagaan pesakit dan pembersihan.”
https://www.instagram.com/p/B_DQnD8nSYE/
So inspirational!