Dalam zaman teknologi ini, memang kita kena bertambah hati-hati sebab kita boleh diintip di mana-mana sahaja. Banyak kes yang kita dengar ada spycam di tandas, bilik hotel atau mana-mana tempat awam yang tersembunyi. Pastinya ia akan membuatkan ramai orang jadi trauma terutamanya wanita.
Ada kamera dalam tandas GSC?
Satu kes yang dikongsikan menerusi Facebook group Penang Today Community berkenaan individu ini dengan pengalamannya ternampak ‘spycam’ dekat tandas Golden Screen Cinemas (GSC) di Gurney Plaza, Penang.
Dalam perkongsian itu, seorang wanita mendakwa dia ternampak lensa kamera dekat salah satu ‘bilik tandas’ di mana tempat itu paling ramai wanita masuk.
Dia juga ada menunjukkan gambar lubang di dinding tandas itu dan mengatakan ada orang ‘tanam’ kamera di dalam itu. Jadi, dia menyatakan bahawa dia dah musnahkan lens tersebut menggunakan kunci.
“Drama je” – Netizen
Tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang membantah tindakannya memusnahkan kamera tersebut sebab ia boleh menghalangnya daripada mengemukakan bukti jika ingin buat laporan kepada pihak berkuasa.
Malah, ada juga yang menggesa wanita tersebut untuk laporkan kepada pengurusan GSC agar mereka dapat melakukan tindakan sewajarnya. Malah ada juga anggap bahawa wanita ni hanya sekadar dramatik semata-mata kerana lubang itu bukanlah spycam.
Lubang skru untuk tissue holder – Netizen
Menerusi China Press dan WORLD OF BUZZ, Ketua Perhubungan Awam dan Penjenamaan GSC Sharmine Ishak telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa “spycam” itu ialah lubang skru untuk tempat ambil tisu.
“Mungkin kerana ia berbentuk bulat, menyebabkan netizen tersalah anggap sebagai kamera pengintip.”
“Saya tidak pasti sama ada setiap bilik tandas mempunyai tempat letak tisu jenis yang sama, tetapi untuk bilik tandas keempat sebelum ini telah dipunggah dan dipindahkan ke tempat lain, sekali gus meninggalkan skru di belakang.”
Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak pengurusan GSC jika berlaku sebarang perkara yang mencurigakan di premisnya.