in

Dah Sampai KL Baru Tersedar, Ibu Bapa Tertinggal Anak 2 Tahun Di Raub

anak 2 tahun tertinggal di raub ibu bapa tersedar tiba di KL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun ditemukan berseorangan tanpa penjaga di hadapan sebuah restoran di Raub, Pahang.

Menerusi kenyataan Polis Daerah Raub, kejadian berlaku pada Isnin (1 Disember) apabila seorang lelaki melihat kanak-kanak terbabit berkeliaran di tempat letak kereta restoran terbabit.


Lelaki itu kemudian memutuskan untuk menemani kanak-kanak terbabit lebih kurang dalam tempoh 45 minit sebelum membawanya ke balai polis apabila tiada ahli keluarga datang menjemputnya.

592151835 1251127933726546 4479967843308233005 n

Artikel berkaitan: Budak 4 Tahun M*ut Kerana Strok Haba, 3 Jam Tertinggal Dalam Kereta

Artikel berkaitan: “Dah tunggu la situ” – [VIDEO] Tertinggal Anak Di Stesen Minyak, Reaksi Kasar Ibu Dikritik Netizen

 

Keluarga tersedar setelah tiba di KL

Polis memaklumkan, pihaknya berjaya menghubungi ahli keluarga kanak-kanak terbabit dan mereka tiba di Balai Polis Raub kira-kira jam 4.00 petang.

“Ketua Polis Balai Raub telah menemu bual ibu bapa kanak-kanak tersebut yang mana mereka menaiki dua kenderaan dari Johor Bharu pada 30 November untuk ke Tersan, Dong, Pahang.

“Selesai urusan Dong, pada 1 Disember 2025, jam 12.00 tengah hari mereka berhenti makan di restoran di Raub. Selesai makan keluarga ini teruskan perjalanan balik ke Johor Bharu,” katanya.

Menerusi siasatan polis, ibu kepada kanak-kanak itu menyangka anaknya berada dalam kenderaan lain setelah tiba di Kuala Lumpur.

“Kerana ibu terbabit menganggap anak mereka bersama kakaknya. Berlaku salah faham semasa menaiki kereta sebelum bergerak. Barulah ibu bapa kanak-kanak itu sedar bahawa anak mereka tertinggal di restoran.

“Ibu bapa ini telah menghubungi pihak restoran dan dimaklumkan oleh pekerja restoran anaknya telah diserahkan di Balai Polis Raub,” katanya lagi.

593974808 1251127940393212 4127149290614472263 n

Susulan kejadian itu, pihak polis meminta orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa peka dengan persekitaran agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.