in

“Dah ready nak nikah?” – [VIDEO] Ini Prosedur Sebelum Nikah Dari JAWI Yang Korang Kena Buat

Page Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selamat… Pengantin baru~~~ Mesti korang pun sama ikut nyanyi kan?


Setiap pasangan pasti ingin melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan sudah semestinya perlu melalui proses yang banyak sebelum hari pernikahan.

Kadang-kadang mereka boleh dikatakan clueless untuk menyelesaikan prosedur sebelum akad nikah kerana prosedur zaman dahulu dengan zaman sekarang banyak juga yang berbeza.

Seakan memahami masalah yang dihadapi oleh pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah kongsikan prosedur yang betul mengikut langkah satu persatu di akaun TikTok mereka iaitu @kamiada_.

@kamiada_

AWAS ! Bagi Yang Dah Jumpa Jodoh Je !

♬ original sound – KamiAda – KamiAda

Ini prosedur-prosedur yang perlu dilakukan:

  1. Ikuti kursus pra-perkahwinan
  2. Isi borang nikah dan perlu print
  3. Buat ujian HIV
  4. Jumpa imam jurunikah bersama wali (untuk pengantin perempuan sahaja)
  5. Hantar borang nikah di kaunter pejabat dan selesai urusan!

Haa! Senang je kan?!

Perkongsian prosedur dari pihak JAWI itu sememangnya memudahkan urusan bakal-bakal pengantin yang buntu untuk mengetahui proses sebenar yang perlu dilakukan secara rasmi sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.

Ini kerana, rata-rata memberi komen dengan berterima kasih kepada JAWI selepas diberi penjelasan yang terang dan mudah bersama gambaran proses melalui video yang dikongsikan.

“Takyah pening2 dah kepala lepasni bila fikir nak kawin!” – Komen netizen

Jawi One

Bukan itu sahaja, turut ada juga yang meminta untuk mendoakan segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing dimudahkan. Amin… Min doakan semuanya berjalan lancar macam apa yang dirancang yaa…

Jawi Two

Perkongsian yang berguna dan berilmiah seperti ini sangatlah diperlukan oleh masyarakat terutamanya yang memerlukan panduan secara ringkas.

Seronoknya bila feel sibuk-sibuk nak bernikah… Once dah settle semua, mesti lega je rasa kan?

Baca: [VIDEO] Niat Datang Untuk Melamar, Sekali Ibu Bapa Terus Suruh Nikah

Untitled 3 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.