in

“Dah pernah viral sebelum ni” – Tak Serik Serik, Scammer Tetap ‘Buat Kerja’ Dekat Kuching

Scammers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

OMG scammers di mana-mana!



Seorang wanita kongsi pengalamannya berdepan dengan seorang scammer baru-baru ini. Menurut Sabrina Choo, ketika itu dia memandu berseorangan berdekatan dengan Vivacity Megamall di Kucing dan perasan ada seorang penunggang motor yang ekori dia berhenti di salah satu lampu isyarat.

Sabrina mula perasan penunggang itu ekori dia ketika berhenti di satu persimpangan dan ternampak lelaki tersebut di sebelahnya. Lelaki itu asyik tengok dia dan ekori sampai ke kawasan lot parkir. Sabrina kemudian berhenti dan lelaki itu suruh dia keluar dari kereta tapi dia tidak hiraukan saja.

Tipu1
sumber: facebook

Sabrina turunkan tingkap kereta dan tanya lelaki itu kenapa dan dia jawab yang Sabrina ada langgar dia waktu tengah memandu tadi.

Dia kata saya langgar dia ketika memandu melalui Vivacity dan menyebabkan dia terjatuh dari motor. Dia cedera dan motosikalnya pun turut alami kerosakan. Tapi, sepanjang jalan tadi saya tak perasan pun ada terlanggar sesiapa.”

Disebabkan dia ada urusan penting untuk diselesaikan dia pun tak terfikir sesuatu yang mencurigakan. Jadi, dia suruh lelaki itu tinggalkan nombor telefon supaya boleh buat laporan polis. Tapi, lelaki itu taknak dan terus minta ganti rugi sebab dia perlukan duit untuk baiki motor. Katanya dia perlu buat cepat sebab keesokan hari dia nak balik kampung.

Tipu2
sumber: facebook

Sabrina ketika itu tak ada wang tunai bersamanya dan bagitahu lelaki tersebut yang dia boleh hubungi ahli keluarga untuk tolong bagi duit. Tapi tiba-tiba lelaki tu kata tak perlu dan terus pergi.

“Selepas itu, satu pasangan datang ke kereta saya dan tanya tentang penunggang tersebut. Mereka beritahu yang lelaki itu adalah penipu yang dah pernah viral di media sosial. Mereka perasan yang lelaki itu ekori saya dari lampu isyarat.”

“Pasangan itu beritahu yang mereka dah rakamkan video dan ambil gambar lelaki tersebut untuk tujuan keselamatan jika apa-apa terjadi pada saya.”

Macam-macam cara scammers nak duit eh zaman sekarang! Careful guys!

Baca: “Wahai En Saifudin, bape ramai anak hang sakit noh” – Scammer Guna Gambar Budak Sakit, Claim Konon Anak Sendiri Untuk Minta Derma

Bantu Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.