in

“Tiada yang bertanya, peduli” – Prank Campak Kek Hanya Lakonan, TikToker & ‘Mangsa’ Tampil Mohon Maaf

Daing Campak Kek Prank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai satu video TikTok dimana seorang lelaki telah mencampakkan kek ke muka seorang wanita yang sedang membawa anak OKU di sebuah taman.


16

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan konten prank terbabit dan pelbagai kecaman dan kutukan telah dilemparkan kepada pemilik video berkenaan.

Selepas teruk dikecam, TikToker yang menggunakan username Daing Ellando akhirnya tampil memohon maaf susulan memuat naik konten yang mendatangkan kemarahan ramai rakyat Malaysia.

Menerusi akaun TikToknya, Daing atau nama sebenar, Daing Iskandar Mohd Tahir duduk bersama wanita yang juga merupakan ‘mangsa’ dalam video prank kek berkenaan untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Lakonan Kek E1670678026739

Jelas Daing yang juga merupakan peserta bagi program Raja Viral, dia mengaku prank terbabit hanyalah lakonan semata-mata. ‘Mangsa’ yang dicampakkan kek ke muka itu pula adalah ibu angkatnya yang telah diminta untuk berlakon bersama.

“Assalamualaikum, saya Daing Iskandar Mohd Tahir ingin membuat permohonan maaf secara terbuka dan tanpa bersyarat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pihak yang terkesan dengan video (prank) sama ada secara langsung atau tidak.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh di atas setiap kesan sama ada baik atau buruk hasil daripada hantaran video itu. Saya ambil iktibar atas kekhilafan ini dan memohon kepada semua pihak agar tidak meniru aksi prank seperti itu.”

“Saya hanya berniat nak bantu dia agar jadi lebih sukses…”

Menerusi video sama, ibu angkat Daing yang juga wanita yang melakonkan watak sebagai mangsa yang dicampakkan kek ke muka turut menghulurkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan video terbabit.

Jelasnya, niat sebenar dia bersetuju untuk berlakon dalam video terbabit adalah hanya untuk membantu anak angkatnya itu supaya lebih berjaya. Wanita itu turut mendedahkan selain kecaman, Daing turut menerima ugutan bunuh selepas video prank itu viral.

“Saya minta maaf sekiranya lakonan atau prank itu mengguris hati rakyat Malaysia dan berharap anda maafkan kami. Insya Allah kami tak akan lakukan lagi.

Saya sayang dia (Daing), saya harap kita semua jangan terlalu mengikut emosi kerana lakonan ini hanya bertujuan untuk kesedaran kepada semua,” katanya.

Hanya bertujuan beri kesedaran

10Hmsory1 1670670753

Tambah ibu angkat Daing lagi, video prank terbabit sebenarnya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia bagi melihat apa yang akan dilakukan mereka sekiranya terlihat ada individu yang dibuli.

“Kalau ada yang dibuli jarang ada yang datang nak membantu. Ikut pengalaman saya sendiri, memang takde yang datang membantu… Sampailah saya ke kereta dalam keadaan macam tu pun (berlumuran kek), tiada siapa yang bertanya, tiada siapa yang peduli.

Kami tak salahkan sesiapa. Cuma nak tunjuk jarang ada orang nak membantu melainkan benda dah viral. Saya mengaku saya takut baca komen dan takut nak involve lagi dengan benda macam ni. Kami minta maaf sekali lagi.”

Klik SINI untuk tonton video permohonan maaf penuh.

Sumber: TikTok @daing.ellando

Baca: Prank Campak Kek Ke Muka Wanita, Tindakan TikToker Ini Undang Kecaman Warganet

F4 Pbnmtt

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.