in

“Dah nak menamatkan status janda” – Janna Nick Dilabel Biadap, Umum Perkahwinan Elly Mazlein Masa Live

Janna9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenyataan Janna Nick menerusi program TV Melodi semalam telah mengundang kemarahan orang ramai kerana terlepas cakap ayat yang boleh dikatakan agak kasar tentang status perkahwinan seseorang di depan tuan empunya badan.


 

Kak Lina Pom Pom dah nak menamatkan status JANDA” – Janna Nick

Semalam, barisan pelakon Kampung People yang kini menjadi buah mulut orang ramai menjadi tetamu undangan untuk program tersebut iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan Hun Haqeem.

Janna Nick selaku pengacara program itu bersama Awal Ashaari ada menemubual mereka, program yang melaporkan tentang hal-hal industri hiburan itu pasti akan merungkai setiap kontroversi malah perkembangan terkini artis-artis tempatan dan ia ditayangkan secara live.

Nak dipendekkan cerita, peminat pasti tahu yang Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu bakal melangsungkan perkahwinannya bersama seorang jejaka pilihan yang dikatakan lebih muda daripadanya.

Umumnya kita tahu yang Kak Lina Pom Pom ini merupakan seorang ibu tunggal, jadi adalah lebih baik untuk kita sama-sama lebih bersikap sensitif jaga hati tuan empunya badan biarpun sedang berhibur.

Saat Janna Nick ingin mengumumkan Kak Lina bakal melangsungkan perkahwinannya, cara penyampaiannya itu dianggap biadap. Apatah lagi depan tuan empunya badan, tengok ni.

 

Dianggap biadap dan tak sensitif

Rakaman itu dikongsikan di Twitter dan meraih lebih daripada 5,000 retweet sepanjang artikel ini ditulis. Bagi mereka istilah janda itu agak keterlaluan digunakan berbanding dengan ibu tunggal.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang kurang senang dengan perwatakan dia mengacarakan program tersebut.

Namun begitu, ada yang kata ia tidak disengajakan kerana Janna Nick ni orangnya memang jenis cakap lepas.

 

Cuba nak jadi kelakar dalam masa yang sama kurang ajar – Netizen

Janna Janna2 Janna3 Janna4 Janna5 Janna6

Bagaimanapun Kak Lina Pom Pom kita bersikap terbuka dan tidak melatah atas ketelanjuran kata-kata Janna Nick tu. Kalau diperhatikan pun masing-masing happening dan Janna mungkin tersasul tu.

 

Baca : “Sejantan-jantan perempuan dah more feminine” – Janna Nick Akui Berubah Lepas Bercinta Dengan Dinz Schatzmann

Jannanick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.