in

“Dah nak habis dah” – Tengah Sedap Makan, Wanita Terjumpa Bangkai Tikus Dalam Ayam Bakar Beli Dekat Pasaraya

Collage 43

Bila kita beli makanan di pasaraya, dah tentunya kita yakin dengan kualiti yang dijual. Lebih-lebih lagi bila pasaraya tu memang dah terkenal.

Namun baru-baru ini, seorang wanita terkejut bila terjumpa bangkai tikus dalam ayam bakar yang dibelinya di sebuah pasaraya terkenal.

Cath McCall Smith dari UK ini berkata, insiden ini berlaku masa dia tengah sedap makan ayam bakar yang dibeli siap dari pasaraya tersebut, lapor MetroUK.

Wanita ini menerangkan, pada awalnya dia ingatkan sudunya terkena tulang ayam, tapi bila dia tengok, dia nampak muka bangkai tikus ini sedang merenungnya. Jijiknyaaa

Pri 158690680

Dalam gambar yang dikongsikan oleh Cath ini, korang boleh tengok tikus cukup sifat lengkap dengan ekor panjangnya jelas kelihatan dalam makanannya ini.

Saya ingatkan sudu saya terkena tulang. Tapi bila saya gerakkan ayam, saya terkejut dengan apa yang saya nampak. Saya dah muntah-muntah selama 12 jam dan masih rasa kurang sihat.”

Lepas gambar wanita ini tular, wakil dari pasaraya tersebut telah tampil memberikan penjelasan bagi pihaknya.

Kami ambil serius aduan pelanggan dan sedang jalankan siasatan penuh tentang perkara ini.”

Eee memang tak boleh bayang tengah syok makan tetiba ada pulak bangkai tikus. Jijik!

 

Baca: “Asal kotor je mesti kedai mamak” – Dah Habis Baru Perasan Ada Telur Lipas Dalam Nasi Masa Makan Dekat Mamak Sepang

Screenshot 2020 07 24 At 4.44.20 Pm

Sumber: MetroUK