Setiap pengantin terutamanya para wanita pastinya mempunyai dream wedding yang tersendiri.
Ada yang mahukan konsep garden, tradisional dan bermacam-macam lagilah, tapi lagi best kalau semua kehendak pengantin ini berjaya direalisasikan oleh wedding planner yang terlibat.
Wedding planner buat hal, minta lain dapat lain
Namun malang menimpa satu pasangan pengantin baru-baru ini apabila apa yang diminta bagi konsep majlis perkahwinan tidak dituruti perancang perkahwinan.
Menurut TikTok @aurorafoods.ceo, pada awalnya pengantin wanita ini meminta konsep bertemakan warna putih seperti yang ditunjukkan di dalam gambar, namun tak disangka-sangka hasil yang didapatinya sangat berbeza daripada apa yang dibayangkan.
https://twitter.com/raraaatan/status/1567033805361524736
Tambahnya lagi, dia pada awalnya mahukan konsep ‘english garden’ dan tidak mahu warna lavender. Namun bila melihat hasilnya, dia terkejut melihat warna latar berwarna hijau dan bunga dengan pelbagai warna.
Tengok bunga kat kaki macam kubur dah! Photographer pun tak selera nak ambil gambar pelamin. Sebab memang buruk gila,” katanya kesal.
https://www.tiktok.com/@aurorafoods.ceo/video/7139932182461648155?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Allahu dah macam stage forum perdana”
Netizen yang melihat video berkenaan sangat bersimpati dengan nasib wanita ini dan berharap tidak terkena dengan nasib yang sama.
Lebih menyedihkan ramai yang menyamakan latar belakang pelamin itu seperti stage rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
Menerusi satu lagi video, wanita ini juga menjelaskan bahawa dia tidak mendapat sebarang refund daripada hasil pelamin yang tidak memuaskan itu.
Sedihnya bila jadi macam ni kan? Harap-harap pengantin kat luar sana berhati-hatilah dalam memilih wedding planner yang sesuai untuk majlis perkahwinan korang nanti.