• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Dah cuba nak terangkan tapi…” – [VIDEO] Viral Disaman Polis Trafik Sebab Guna Handphone, Pemandu Pula Kata Lain

by Sue Idris November 13, 2020, 12:34 pm

ShareTweet
Feat1 5

Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan seorang lelaki telah disaman oleh polis trafik kononnya disebabkan menaiki kenderaan berdua dan penumpangnya duduk di bahagian hadapan.

Namun, selepas kecoh tentang rakaman terbabit, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tentang individu berkenaan disaman kerana hal tersebut. Apatah lagi, duduk bersebelahan di dalam kereta bukanlah salah dan tidak dikira melanggar SOP.

Saman3

 

Disaman sebab guna handphone

Sebaliknya, melalui sidang media harian beliau berkata lelaki terbabit disaman polis itu kerana memandu sambil menggunakan telefon bimbit. Menurut mStar, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada pegawai tertinggi polis di Bukit Aman.

Video tersebut nampak berniat jahat untuk merosakkan nama pihak polis kerana yang disaman itu bukan kerana isteri duduk di sebelah, tetapi kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.”

61592639345 Ismailsabri

Dia diambil tindakan kerana kesalahan tersebut (menggunakan telefon bimbit ketika memandu). Tetapi diedarkan seolah-olah pihak polis tidak menggunakan budi bicara dan kejam kerana mengambil tindakan.”

Jelas, ia adalah berita palsu yang memfitnah polis. Saya beritahu rakan di Bukit Aman bahawa perkara seperti ini jangan dibiarkan kerana boleh memburukkan imej polis. “

 

Sebenarnya tak pegang phone pun?

Menurut sebuah portal, lelaki yang disaman bernama Eric Chia itu telah dihubungi dan dia menjelaskan kisahnya ketika berdepan dengan pegawai polis tersebut.

Kata Eric, dia telah ditahan di sekatan jalan raya yang diadakan di Jalan Dato Md Zain kerana dikatakan menggunakan telefon bimbit sambil memandu. Pegawai polis itu kemudian mengeluarkan saman terhadapnya dan berkata kesalahannya adalah,

Pandu guna alat komunikasi”

Eric enggan menandatangani notis saman yang dikeluarkan dan menurut Sinar Harian, sarjan berkenaan terpaksa mencatatkan ETT (enggan tanda tangan) pada notis saman dan serahkan kepadanya.

Saman

Bagaimanapun, Eric berkata dia cuba untuk terangkan kepada pegawai itu mungkin isterinya yang guna telefon bimbit menggunakan tangan kanan. Namun, Eric mendakwa pegawai tersebut tidak memberikannya peluang untuk menjelaskan dan terus minta kad pengenalan sebelum keluarkan saman.

Pegawai polis itu minta kad pengenalan, jadi sudah tentu saya kena ikut arahan. Pegawai itu juga turut berjalan belakang kereta saya untuk salin nombor plat.”

Kata Eric, dia meminta pegawai itu menunjukkan bukti bahawa dia menggunakan telefon bimbit tapi sebaliknya disuruh pergi ke mahkamah dan semua ‘bukti’ akan ditunjukkan di sana. Disebabkan itulah Eric enggan menandatangani surat saman tersebut kerana dia percaya yang dia tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dituduh.

Menurutnya lagi, sebab itu jugalah isterinya merakamkan kejadian tersebut dan mendakwa sebelum mula rakam mereka telah minta izin pegawai tersebut dan dia diberi kebenaran untuk merakamkan video.

https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/11/vid.mp4

Baca selanjutnya tentang perkongsian Eric di sini.

Baca: [Video] Berang Disaman Polis, Lelaki Pecahkan Motor Sendiri Dengan Batu Konkrit

Berang4

Sumber: Facebook
Sumber: Gambar Hiasan
Sumber: Facebook

Terkini

  • Ft Penjara

    “Bagus, sangat bagus. Bertaraf apartmen” – Bekas Pegawai Kanan Polis Indonesia Didakwa ‘Hidup Mewah’ Dalam Penjara

  • Thailand Takraw Skuad Negara

    “Tiada apa selain terima kekalahan” – Penyokong Thailand Akui Kehebatan Skuad Takraw Negara

  • Ft Secangkir

    “Mengembalikannya ke keadaan asal” – Ramai Sebak Lihat Secangkir Cafe Dirobohkan, Luahan Kontraktor Jadi Perhatian

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 12

    Malaysia Sasarkan RM80 Bilion Eksport Halal Menjelang 2030, Lebih Banyak Syarikat Perlu Tembusi Pasaran Global

  • Syaz Ft 2026 09 25T172213.915

    Bulan September Paling ‘Panas’! Ini 6 Drama Politik Malaysia Yang Buat Rakyat Tak Senang Duduk

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 13

    Bario Jadi Pembuka Tirai Minggu Digital Kementerian Digital 2026, Usahawan & Pelajar Didedah Dengan Teknologi Digital

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 11

    MHLife 2026 Bakal Meriahkan Shah Alam, Himpunkan Makanan, Fesyen, Budaya & Pelancongan Mesra Muslim

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 10

    Nak Cari Aktiviti Hujung Minggu? Pesta #UntukSemua Bakal Meriah Dengan Lebih 60 Reruai, Cabutan Emas & Selebriti!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Pu Riz

    “Macam mana eh Neelofa didik anak” – Netizen Kagum Tengok Bilal Lancar Baca Surah Seawal 4 Tahun

  • Abby Abadi Luahan Anak

    “Kalau masih hidup pun tak sudi…” – Abby Abadi Perjelas Kenyataan ‘Mama Meninggal Jangan Datang’

  • Ft Najwa Latif

    “Sentiasa ingatkan saya cantik bila orang kata tak” – Najwa Latif Luah Rasa Syukur Suami Bagi Sokongan Moral

  • Syaz Ft 2026 09 23T112740.057

    “Murtad?”- Shah Rukh Khan Buat Ritual Agama Hindu, Ramai Persoal Status Agamanya

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube