in

Dafi Kongsi Ramai Tiba-tiba ‘Hilang’ Bila Bapa Bukan Lagi PM

Dafi Ismail Sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, penyanyi Dafi merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri.


Penyanyi yang juga merupakan bekas bintang realiti tv Akademi Fantasia itu mengakui sejak bapanya tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri, dia kehilangan satu demi satu tawaran kerja dalam industri hiburan.

Pun begitu, menurut Harian Metro dia tidak menyalahkan mana-mana pihak berkenaan isu tersebut sebaliknya hanya menganggap dia tidak mempunyai rezeki.

“Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.

Saya nak persoalkan sangat sebab perkara ini berlaku pun susah juga. Jadi, saya terima saja dan anggap tiada rezeki. Tahun lepas jadual saya kosong tiada apa-apa tawaran.

Saya tak rasa sedih kerana dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma orang tak faham saya sebenarnya dari awal tak terbabit dengan karier politik ayah,” katanya.

Dafi juga memberitahu dia sedikit pun tidak terkesan dengan perkara itu dan menganggap mereka yang setia dengannya itu adalah sahabat yang sebenar.

“Saya sampai tak senang dalam hidup kerana nak melayan orang. Nanti dikata sombong, mereka datang dengan cara baik jadi saya layanlah.

Semuanya saya jaga. Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi Perdana Menteri, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar,” katanya.

Malah, Dafi juga berkongsi dia bukanlah seorang yang hanya mengharapkan bapanya, dia sendiri pernah memecahkan tabung berisi duit syiling ketika masuk hujung bulan.

Baca: 5 Sebab Mengapa Akademi Fantasia 5 Paling Menggamit Memori Antara Semua

Cats 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.