in

Thailand Benarkan Pelancong Masuk Mulai Julai 2021, Ini Syarat Yang Kaki Travel Perlu Tau!

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rindu betul nak melancong pergi luar negara. Dulu zaman sebelum ada Covid-19 mesti korang  tiap-tiap tahun pergi melancong kan? Seronoknya!


Untuk yang ‘kaki travel’ tu, korang nak tak pergi melancong luar negara? Boleh pergi mana je? Nak rentas negeri pun tak boleh lagi ni.

Baru-baru ini Thailand keluarkan kenyataan yang diorang akan beri benarkan pelancong asing untuk masuk ke negara mereka mulai Julai 2021 nanti. Sumpah laaa? Yay, boleh travel!

Bangkok

Tapi, bukan boleh senang-senang je tau pergi sana. Ada syarat-syarat yang korang kena ikut kalau nak masuk sempadan Thailand itu untuk pastikan tiada penularan Covid-19 di negara tersebut.

 

Kuarantin

Pelancong asing yang masuk ke negara itu perlu kuarantin selama 10 hari tapi kalau korang dijangkiti Covid-19, korang kena kuarantin selama 14 hari dulu baru boleh pergi melancong di sekitar Thailand.

Bagi yang nak melancong ke Phuket, korang tak perlu pun kuarantin tapi kena tunjuk bukti yang korang dah divaksin.

Phuket 1400X788 1

 

Tak lebih 45 hari

Thailand bagi kebenaran dekat pelancong asing untuk gunakan visa atau pas lawatan untuk berada di negara itu tapi tak boleh melebihi 45 hari.

Selain itu, korang kena tunjukkan sijil atau surat kebenaran untuk masuk ke negara itu serta menjalani kuarantin terlebih dahulu selepas tiba di negara itu.

Semua pelancong asing juga diwajibkan untuk download aplikasi ThailandPlus dan wajib tunjukkan QR Code yang diimbas.

Eu06B0Cu4Acy0Az

 

Bukti polisi insurans dan ujian Covid-19

Bukti polisi insurans yang merangkumi rawatan Covid-19 dan hasil ujian negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat perlu diberikan. Bila sudah sampai di Thailand, akan ada satu lagi ujian saringan Covid-19 yang korang kena ambil sebelum menjalani kuarantin.

Coronavirus Test

Thailand kini menunjukkan angka jangkitan yang rendah selepas SOP yang ketat dilaksanakan dengan jumlah kematian hanya 95 orang dari awal tahun 2020.

Untuk korang yang dah berangan nak pergi travel tu, make sure korang dah divaksin dulu ya. Baru la boleh travel dengan selamat dan tenang.

 

Sumber: mStar

Baca: “Mungkin akan berlaku penyamaran”- Masih Tak Dapat Dikesan, PGA Edar Gambar Sajat Untuk Pastikan Tak Bolos ke Thailand

Capture 16

Sumber: Croda
Sumber: Pullman
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.